• Semasa

    "Kenalah berkorban demi ilmu.."





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    "Kenalah berkorban demi ilmu.." | BENTONG - Kesungguhan membahagikan masa untuk sekolah biasa dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) telah membuahkan hasil buat pasangan kembar apabila mereka berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK).

    Mohd Izwan dan Mohd Izlan Mohd Shakri, 12, menimba ilmu menerusi Program Modal Khas Sekolah Indera Shah Bandar Pahang SMK Seri Bentong, di sini, s tidak menyangka memperoleh 8A dalam UPPK kerana mereka berdua bukan pelajar cemerlang sekolah itu.

    Mohd Izwan berkata, mereka belajar seperti biasa, sama seperti rakan sekelas yang lain.

    “Saya dan Mohd Izlan duduk di kelas berlainan, cuma kami terapkan cara belajar yang sama...bila masa sesi pembelajaran kami akan tumpu sepenuh perhatian dan banyakkan bertanya kalau tak faham.

    “Memang penat sebab perlu tumpu perhatian di sekolah dan di kelas Kafa tapi rugi kalau tak belajar betul-betul...jadi kenalah berkorban sikit demi ilmu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

    "Kenalah berkorban demi ilmu.."

    Mohd Izlan pula berkata, dia amat bersyukur kerana pihak sekolah banyak memberikan tips mudah dalam menjawab UPKK selain turut mengikuti kelas tambahan.

    Menurutnya, semangat mendapat keputusan cemerlang itu didorong kuat apabila mengenangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa serta guru yang mencurahkan ilmu, selain rakan-rakan yang memberi tunjuk ajar.

    “Kami gembira sebab dapat realisasikan impian ibu bapa yang memang nak sangat kami dapat keputusan cemerlang.

    “Alhamdulillah dapat juga 8A, rasa penat lelah sebelum ni berbaloi,” katanya.

    Sementara itu, ayah kepada pasangan kembar tersebut, Mohd Shakri Zainal, 52, berkata, kejayaan dua anaknya itu adalah hasil usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan.

    “Kalau mereka pulang dari asrama, mereka belajar kat rumah sama-sama...Alhamdulillah tercapai juga impian kami nak lihat anak-anak peroleh keputusan baik,” katanya kepada Sinar Harian.

    "Kenalah berkorban demi ilmu.."

    Dalam pada itu, Pengetua SMK Seri Bentong, Amri Aminullah bersyukur kerana sekolah itu sekali lagi dinobatkan sebagai sekolah terbaik di negeri Pahang dalam pencapaian UPKK apabila kesemua 38 calon sekolah itu mendapat keputusan 8A.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]