Header Ads

  • Semasa

    Maut Dalam Perjalanan ke Masjid

    Maut dalam perjalanan ke masjid
    Kejadian berlaku di kilometer 73.9 jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Tanjung Pagar, di sini, hari ini.
    Maut Dalam Perjalanan ke Masjid | DUNGUN - Seorang lelaki, Mohd Yashim Ali, 49 tidak sempat menunaikan solat Jumaat apabila terkorban dalam kemalangan jalan raya di kilometer 73.9 jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Tanjung Pagar, di sini, hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 1.25 petang, mangsa yang memandu proton Wira maut di tempat kejadian apabila tersepit di tempat duduk kenderaan dipandunya itu dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan termasuk sebuah treler.


    Sewaktu kejadian mangsa yang beralamat dari jalan Anak Balai Besar dipercayai dalam perjalanan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohammad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik sahaja panggilan kecemasan diterima lebih kurang jam 1.30 petang.

    Maut Dalam Perjalanan ke Masjid 

    "Setibanya di lokasi didapati kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu dua buah kereta dan treler."

    "Seorang mangsa yang juga pemandu proton wira tersepit di tempat duduk pemandu dan anggota kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa."

    "Mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak hospital dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk urusan selanjutnya serta di bawa ke Hospital Dungun,"katanya kepada pemberita.

    Pemandu Perodua Myvi dan treler mengalami kecederaan ringan dan dihantar oleh orang awam ke Hospital untuk rawatan lanjut.

    Maut Dalam Perjalanan ke Masjid 

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad