• Semasa

    Peluang Kanak-Kanak Jadi Pembaca Berita





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Peluang Kanak-Kanak Jadi Pembaca Berita | SIAPA kata dunia kanak-kanak hanya berita eceran dalam dunia maklumat arus perdana?
    Hampir 10 juta kanak-kanak di negara ini mewakili 33 peratus penduduk berhak memiliki segmen berita tersendiri.
    Justeru TV Alhijrah akan melancarkan Kids News bermula 17 Mac dengan pengisian 3 hari seminggu setiap Jumaat, Sabtu & Ahad.
    Kids News dengan format: Apa sahaja yang penting untuk kanak-kanak adalah berita!

    Peluang Kanak-Kanak Jadi Pembaca Berita

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar, Kid News dengan durasi keseluruhan 30 minit setiap hari bersiaran akan menjadikan perkembangan maklumat kanak-kanak sebagai segmen televisyen yang prominan.
    “Kanak-kanak hari ini ialah pemilik negara pada masa hadapan. Adalah tanggung jawab kami di TV Alhijrah memastikan suara dan kepentingan kanak-kanak diletakkan pada keutamaan sewajarnya,” kata Izelan.
    Bagi mendapatkan bakat pembaca berita dan wartawan televisyen untuk mengisi segmen berita 90 minit seminggu ini, TV Alhijrah akan mengadakan sesi uji bakat pada 18 Mac ini.
    Menurut Penerbit Kids News, Nora Zainal, ibu bapa yang berminat boleh menghubungi nombor 019 2532968 untuk maklumat lanjut.
    Sesi uji bakat akan diadakan di Alhijrah Big Studio, Persiaran Cyberpoint Selatan, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.

    “Kami mencari pembaca berita dan wartawan penyiaran berumur antara lima hingga sembilan tahun,” kata Nora.
    Kids News bertemakan laporan tempatan dan antara bangsa merangkumi isu-isu pendidikan, kesihatan, sains dan teknologi, sukan, seni dan bakat alam kanak-kanak.
    Buat masa ini, bintang kecil Umar Shakur Mohd. Haiccal, 5 tahun akan memulakan siaran episod awal Kids News bermula pada 17 Mac.
    Manakala uji bakat pada 18 Mac adalah usaha mencungkil lebih banyak bakat kanak-kanak tempatan untuk menjadi sebahagian keluarga Bilik Berita Alhijrah.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]