Header Ads

  • Semasa

    Tak Peduli Arahan Mufti, Valet_Doa Tetap Tawar Servis

    Tak Peduli Arahan Mufti, Valet_Doa Tetap Tawar Servis | KUALA LUMPUR – Walaupun sudah diarahkan Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri agar Valet_Doa dibatalkan, pengasasnya, Mohd Nasrin Harin tetap berteguh ingin terus menjalankan perkhidmatan itu. ‘Batalkan Valet Doa’ – Mufti Wilayah Persekutuan
    Menurut lelaki berusia 40 tahun ini, tidak ada satu nas pun yang mengharamkannya menjalankan perkhidmatan itu malah mufti juga tidak mengeluarkan hukum haram mengenai hal tersebut.
    “Memang mufti ada pendapat, tetapi satu perkara yang jelas, tidak ada nas yang mengharamkan. Sebab itu beliau kata tidak haram, cuma boleh menimbulkan fitnah ke atas agama.

    Tak Peduli Arahan Mufti, Valet_Doa Tetap Tawar Servis

    “Pendapatnya saya tidak tolak, tetapi kami juga ada dalil kami sendiri. Apa yang kami buat, ada kesan positifnya. Cuma sekarang ini saya harap ia dapat dijalankan agar dapat dijadikan contoh,” katanya kepada FMT.
    Nasrin dalam masa yang sama, turut menyatakan mempunyai ‘bukti kukuh’ yang perbuatan mengirimkan doa pernah dilakukan sewaktu zaman Nabi Muhammad.
    “Bukan nabi tidak pernah buat, beliau pernah mengirim kepada Ali untuk berdoa di Kaabah. Memang nabi tidak pernah bagi duit, nabi tidak bagi duit sebab mereka hidup di sana.
    “Tetapi kita di Malaysia, hendak ke Mekah jauh, kita naik kapal terbang. Kalau tidak caj pakej, siapa hendak bayar saya? Sedangkan saya hendak masuk ke Arab Saudi kena bayar 5,000 riyal,” katanya.

    Tak Peduli Arahan Mufti, Valet_Doa Tetap Tawar Servis

    Walaupun perkhidmatan kiriman doanya itu dikecam hebat, Nasrin mendedahkan ia tetap mendapat sambutan sejak perniagaannya dilancarkan tiga hari lalu.
    Dakwanya, memang pada zahirnya nampak orang ramai tidak menyenangi servis itu tetapi ada juga yang telah menghubunginya dan membuat bayaran.
    “Sambutan bagus. Memang di Facebook ada yang tidak suka tetapi yang masuk di WhatsApp saya, yang buat bayaran memang ada masuk. Jadi, kita nampak ada yang suka dan ada tidak suka,” katanya.
    Tambah Nasrin, sepanjang pemergiannya di tanah suci dia tidak melakukan sebarang ibadah umrah sebaliknya hanya memberi fokus untuk membacakan doa yang dikirimkan pelanggan.
    Selain itu, dia juga akan memberikan pelanggannya gambar swafoto atau bukti berbentuk video bersama kertas senarai doa yang dikirimkan.
    Menerusi perkongsian di laman Facebook itu, Valet_Doa menawarkan perkhidmatan kiriman doa dengan harga sekitar RM250 sehingga RM5,000, mengikut pakej-pakej yang telah ditawarkan.
    Pengirim doa juga boleh memilih mana-mana tempat di Tanah Suci untuk doa mereka dibacakan. Namun, berbeza harganya mengikut ‘tahap kemakbulan tempat doa itu’.
    Sekiranya doa yang dikirim tidak termakbul, Valet_Doa turut memberi jaminan wang itu akan dikembalikan.
    Servis yang ditawarkan Valet_Doa ini merupakan pertama kali seumpamanya yang wujud di muka bumi ini.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad