• Semasa

    "Hanya 20% otak anak saya masih berfungsi dengan baik, 80% lagi rosak akibat Shaken Baby Syndrome"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "Hanya 20% otak anak saya masih berfungsi dengan baik, 80% lagi rosak akibat Shaken Baby Syndrome"
    • Bayi berusia 3 bulan 2 minggu dikejarkan ke hospital kerana muntah teruk di taska
    • Darwisy juga diserang sawan teruk, nafas laju dan badan tersentak-sentak
    • Bawa ke hospital, doktor sahkan masalah anak berpunca dari Shaken Baby Syndrome (Sindrom Goncang Bayi) dan hasil imbasan CT adalah Acute & Chornic Subdural Hematoma.
    • 20% bahagian otak mangsa masih berfungsi dengan baik, 80% bakinya sudah rosak
    • "Saya terkedu di saat ini, saya menangis air mata jatuh mencurah-curah..."

    "Hanya 20% otak anak saya masih berfungsi dengan baik, 80% lagi rosak akibat Shaken Baby Syndrome"


    Darwisy dan Cerebral Palsy (CP)
    Acute & Chronic Subdural Hemotoma
    Shaken Baby Syndrome

    Berikutan bulan Mac adalah bulan kesedaran untuk CP dan membuatkan saya mahu berkongsi sedikit ilmu tentang CP (mengikut kefahaman saya) dan juga kisah Darwisy, si pejuang kecil CP saya. 


    "Hanya 20% otak anak saya masih berfungsi dengan baik, 80% lagi rosak akibat Shaken Baby Syndrome"


    Ramai yang bertanya dan berminat mahu tahu bagaimana Darwisy boleh disahkan CP? Saya ingin berkongsi cerita dan kisah serta pengalaman Darwisy bersama saya dan suami mungkin sebagai pengajaran ataupun panduan kepada rakan-rakan semua. 

    Darwisy dilahirkan secara normal, Alhamdulillah tanpa sebarang masalah. Tetapi apabila usianya genap 3 bulan 2 minggu, dia dikejarkan ke hospital sebaik saja saya yang sedang bekerja di Perbadanan Nasional Berhad (PUNB) menerima panggilan dari taksa yang menyatakan Darwisy muntah teruk. 

    Saya terus bergegas ke taska dan mendapati Darwisy diserang sawan yang sangat teruk, nafas sangat laju, badan tersentak-sentak dengan mata putih sahaja yang kelihatan. Saya dapat rasakan keadaan Darwisy amat kritikal dalam dakapan saya pada ketika itu. 

    Saya terkilan, apa yang pihak taska buat semasa saya dalam perjalanan ke taska yang memakan masa sejam untuk sampai. Kenapa tiada apa-apa tindakan dalam keadaan seperti itu? Allahuakbar. 

    Saya seperti orang gila tak tentu arah walau seolah sedang bertenang tetapi dalam hati, Allah sahaja yang tahu. 

    Pergi ke hospital swasta berdekatan kawasan rumah tetapi mereka pindahkan ke Hospital Ampang kerana di sana ada pakar. Bila di sana, keadaan Darwaisy stabil dan nafasnya okay tetapi masih dengan bantuan oksigen. Lega hati dan tak terfikir apa-apa yang bakal saya tempuhi sebenarnya selepas ini. Saya fikirkan semuanya baik-baik sahaja. 

    Saya menunggu dan menunggu keputusan doktor. Doktor kelihatan seperti kelam kabut. Saya terfikir apa sebenarnya yang berlaku? Air mata yang tadi jatuh mencurah-curah sudah tenang. Doktor minta kebenaran untuk buat imbasan CT. Saya semakin pelik. 

    Akhirnya doktor memberitahu keputusan hasil dari imbasan CT. Kes Darwisy berpunca dari Shaken Baby Syndrome (Sindrom Goncang Bayi) dan hasil imbasan adalah Acute & Chornic Subdural Hematoma. Acute dan Chronic ada dua di situ bermaksud, Acute penderahan yang berlaku 72 jam trauma sebelum kejadian dan chronic pula 21 hari atau tiga minggu dan lebih trauma sebelum kejadian. Pendarahan di otaknya berlaku di ruang paling atas otak manusia (mengikut kefahaman saya). 

    Saya terkedu di saat ini, saya menangis air mata jatuh mencurah-curah. Apa 21 hari ke 3 minggu atau lebih lagi sebelum ini pendarahan sudah berlaku bermaksud sejak saya habis berpantang dan terus dihantar ke taska, kan? Kenapa saya langsung tak perasan? Adakah pihak taska ada buat tak baik pada Darwisy? Adakah saya penyebab dia jadi begini sebab saya menggunakan buaian dan agak laju saya membuainya? 

    Saya tidak tahu, saya buntu dan kes ini terus pihak doktor buat laporan polis sebab ada unsur penderaan. 

    Dan langkah yang terbaik untuk kes Darwisy adalah dengan pembedahan memandangkan selama tiga hari di NICU Hospital Ampang, Darwisy diserang sawan dua kali. Darwisy dipindahkan ke Institut Pediatrik HKL dan dibedah di kepalanya.

    Masuk bilik bedah menemaninya sekejap, kaki lutut saya menggeletar. Adakah ini keputusan yang terbaik bila saya dan suami tahu apa risiko-risikonya? 

    Saya tak tahu dan apa yang saya tahu, saya serahkan kepada Allah. Bagaimana pembedahan dilakukan, saya tak nak tahu juga cuma yang saya tahu sebaik sahaja Darwisy keluar dari bilik bedah, sudah ada tiub di kiri dan kanan kepalanya dengan beg darah. Kelihatan darah masih keluar menggalir melalui tiub itu. 

    Allah, sebak hati menangis. Sejujurnya saya tak kuat ketika ini.

    "Mama, awak kena kuat. Awak kena makan dan tidur cukup barulah awak sihat cukup tenaga dan kuat baru Darwisy akan kuat. Jangan menangis di depannya bila melawat dia," kata-kata doktor yang menjadi pegangan saya pada ketika itu. 

    "Kalaulah sakit ini boleh dipindahkan kepada mama, mama akan ambil sayangku, tapi apakan daya," bisik hati kecil saya. 

    Teruskan kuat ye sayang Darwisy...

    Selepas itu doktor memaklumkan Alhamdulillah pembedahan berjaya tetapi otak yang masih berfungsi dengan baik hanya 20% dan 80% lagi sudah rosak. 

    Allah, 80% yang rosak? 

    Doktor dengan telus dan sejujur-jujurnya memberi penerangan agar kami jelas dan memahami keadaan sebenar. Doktor menyatakan Darwisy akan terlantar seumur hidup dan tidak akan mampu berbuat apa-apa walaupun bercakap ke, pergi sekolah ke, mudah kata cacat kekal menyeluruh.

    Tetapi dia masih kecil, saraf otaknya akan berkembangan dengan perlahan-lahan dengan syarat perlu banyak rangsangan. P

    Perasaan saya sedih dan menangis semahu-mahunya. Tetapi saya sudah berazam dari sini dan tahu Darwisy boleh dan kuat. 

    Darwisy dikategorikan Buta (di mata terdapat juga pendarahan) dan Global Development Delay (GDD) pada awalnya. Selepas itu ciri-ciri spastik mula kelihatan dan dikategorikan sebagai Quadrepligia CP dan seterusnya Dystonia CP. 


    Shaken Baby Syndrome disebabkan berlaku gegaran yang kuat seperti bayi dilambung, terjatuh, terhantuk, digegar terlalu kuat sehingga berlaku pendarahan dalam otak bayi. 


    Hati-hati ya kawan-kawan dalam kita menjaga anak kita. Banyakkan membaca sebagai langkah keselamatan. 

    Rakan-rakan semua, kes ini berlaku 5 tahun lalu, Februari 2012. Saya berkongsi sempena bulan kesedaran Cerebral Palsy (CP) dan juga kesedaran pada semua tentang Shaken Baby Syndrome. 


    Darwisy kini berusia 5 tahun 4 bulan. Alhamdulillah dia sudah mampu berjalan walapun perlu sedikit lagi latihan. Bercakap masih sepatah-sepatah dan ada yang pelat dan juga berjuang supaya boleh bersekolah. Doakan Darwisy saya agar dia kuat dan urusannya dipermudahkan Allah. 

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]