• Semasa

    Che Ta Hadiahkan Zain Saidin Duit Sempena Hari Jadi





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]






























    Che Ta Hadiahkan Zain Saidin Duit Sempena Hari Jadi | TANGGAL 23 Februari lalu, genaplah sudah usia pelakon Zain Saidin mencecah 33 tahun.

    Seperti tahun-tahun sebelumnya, isteri Zain iaitu Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta pastinya tidak ketinggalan mengadakan majlis sambutan hari kelahiran buat suami tercinta.
    Bertempat di Flora Terrace at Hampshire Place, Kuala Lumpur, sambutan hari jadi Zain yang diadakan baru-baru ini disambut sederhana tapi cukup meriah dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat.

    Dalam pada itu, peminat juga pastinya tertanya-tanya tahun ini apa pula hadiah yang diberi Che Ta buat insan yang dicintai pada kali ini kan?
    Menurut Zain, ulang tahun kelahirannya ke-33 ini, Che Ta telah memberikannya hadiah berbentuk wang ringgit. Pun begitu, pelakon Oh My English! ini tidak pula mendedahkan jumlah wang yang diterimanya.
    “Che Ta hanya memberikan saya duit supaya saya dapat beli apa saja hadiah diinginkan. Begitupun, saya belum memutuskan apa yang harus dibeli.
    “Apabila sudah dewasa, hadiah material bukan lagi keutamaan. Lebih baik duit itu saya simpan untuk kegunaan masa hadapan. Saya dapat juga guna untuk bayar pelbagai bil, termasuk cukai."
    “Pada zaman sekarang, lebih baiklah duit yang kita ada dijadikan wang tabungan. Saya, umpamanya, kena fikir masa hadapan diri dan keluarga."
    “Saya harus jadi lelaki lebih matang dan mengutamakan keluarga. Kini, saya sendiri lebih tenang ketika melakukan sesuatu perkara, begitu juga dalam buat keputusan,” katanya kepada BH Online.


    Pada masa sama, Zain memberitahu dia tidak mengharapkan dirinya dilimpahkan kemewahan daripada Che Ta, sebaliknya mendoakan rumah tangga yang dibina bersama selebriti jelita itu berkekalan hingga ke syurga.
    Dalam perkembangan lain, Zain kini sibuk dengan perniagaan kasut yang diceburi iaitu dibawah jenama ZapatoS.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]