• Semasa

    Ex-GF Sedih Tengok Kemesraan Sufian & Elfira?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]




























    Ex-GF Sedih Tengok Kemesraan Sufian & Elfira? | UMUM sudah mengetahui keakraban hubungan penyanyi Sufian Suhaimi dengan pelakon Elfira Loy kerana sejak akhir-akhir ini mereka sering keluar bersama.

    Terbaharu, Sufian mengambil satu lagi langkah ke hadapan dalam usahanya untuk ‘memikat’ Elfira apabila dia dilihat memberikan jambang bunga ros sempena meraikan ulang tahun ke-23 aktres itu semalam.
    Hari ini juga, menerusi posting di Instagram Elfira, Sufian merupakan satu-satunya rakan artis yang turut sama menyertai majlis sambutan hari jadi Elfira di sebuah rumah anak yatim di Cheras, Kuala Lumpur.


    Ex-GF Sedih Tengok Kemesraan Sufian & Elfira?

    Menerusi IG Stories yang dimuat naik Elfira, Sufian difahamkan menjadi insan pertama yang mengucapkan ucapan selamat hari lahir padanya tahun ini selain menghadiahkan jambangan bunga yang pastinya cukup menggembirakan hati pelakon genit itu.
    Selang beberapa minit selepas itu, bekas teman wanita Sufian yang dikenali sebagai Izyan juga ada memuat naik emoji menangis dan heartbroken seolah-olah menggambarkan perasaannya pada ketika itu menerusi IG Stories-nya.
    Kegembiraan Sufian menyambut birthday ‘rakannya’ itu mungkin sedikit tercalar apabila timbul pula kenyataan-kenyataan ‘panas’ daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya merupakan rakan sebilik dengan bekas teman wanita Sufian.
    Wanita yang dikenali sebagai Bahiyah Khiruddin itu mendakwa Sufian seolah-olah sudah melupakan teman wanitanya sebaik namanya mengecap populariti dalam sekelip mata.











    Malah, Bahiyah turut mengatakan Sufian sengaja men‘dump‘ teman wanitanya, Izyan semata-mata mahu mengorat pelakon tersebut.
    Difahamkan pasangan ini baharu sahaja putus cinta berdasarkan pemerhatian pada tarikh terakhir Izyan memuat naik foto mereka bersama iaitu kira-kira sebulan lalu.
    Namun begitu, Sufian penah menjawab gosip cinta dengan Elfira sebelum ini di sebuah portal, dengan mengatakan dia hanya berkawan sahaja dengan Elfira.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]