• Semasa

    Hael Husaini Nafi Dirinya Homoseksual





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Hael Husaini Nafi Dirinya Homoseksual | BEKAS anggota duo Azhael, Hael Husaini didakwa sesetengah netizen dia mengamalkan hubungan sejenis (homoseksual).
    Isu tersebut juga dikatakan sebagai salah satu punca kumpulan itu berpecah dan memilih untuk mengikut haluan masing-masing.

    Hael Husaini Nafi Dirinya Homoseksual

    Menjawab dakwaan itu, Hael meafikan tuduhan tidak berasas itu menerusi Media Hiburan berkata, “Konsep hubungan sejenis seperti yang didakwa itu kami tak boleh tutup mulut orang. Lagipun sejak Azhael keluar pun ada juga yang bercakap. Kami banyak bekerjasama dan isu itu memang tidak ada pun.”
    Tambahnya, isu menggundurkan diri daripada terus mengganggotai duo itu adalah keputusannya bersama dengan Azhar memandangkan masing-masing ada komitment yang perlu dipenuhi.
    “Jadi keputusan untuk mengundurkan diri dari duo sebenarnya atas keputusan bersama dan juga pihak pengurusan. Kami mengambil keputusan ini untuk melebarkan lagi sayap masing-masing untuk terokai bidang yang belum kami cuba.
    “Seperti Azhar dia lebih kepada bidang lakonan dan saya pula lebih kepada menghasilkan muzik dan lagu. Kalau nak suruh saya berlakon, saya memang tak boleh,” jelasnya.
    Dalam pada itu jejaka berusia 29 ini turut menjelaskan hubungannya dengan Azhar masih lagi baik dan tiada perselisihan faham antara mereka.
    Semenjak bergerak solo, Hael telah pun mengeluarkan single baharunya berjudul Jampi pada awal Februari lalu. 

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]