• Semasa

    Harris Baba Dedah Wajah Anak, Beri Nama Aleena Ziya





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

























    Harris Baba Dedah Wajah Anak, Beri Nama Aleena Ziya | PELANTUN lagu Katakan, Harris Baba akhirnya mendedahkan wajah puteri sulungnya selepas sebulan lebih si comel itu dilahirkan.

    Foto bayi tersebut dikongsi sendiri oleh Harris menerusi Instagram (IG) nya dua hari lalu.
    Menerusi kapsyen yang ditulis, Harris juga turut mendedahkan nama cahaya matanya itu iaitu Aleena Ziya.

















    “Finally i can upload her photo! Hehehe Aleena Ziya Binti Khawaja Mohammad Harris Baba.
    “Born on 10 of February (Normal Delivery) Just wanna take this time to thank everyone who wished me and my family on the birth of my baby.
    “Here are some of her photos from when she was 10 days old to now, 6 weeks old. Have a great weekend everyone!,” tulisnya.
    Penyanyi yang diberi jolokan sebagai Zayn Malik Malaysia ini mendirikan rumah tangga dengan Nik Naziha Zawawi pada Mei tahun lalu.
    Rata-rata peminat tidak melepaskan kesempatan mengucapkan tahniah kepada Harris disamping memuji kecomelan serta mendoakan yang terbaik buat puteri sulung penyanyi pujaan mereka.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]