• Semasa

    Kabin Krew Air Asia Menari Lagu ‘Toxic’ Jadi Tular





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]




















    Kabin Krew Air Asia Menari Lagu ‘Toxic’ Jadi Tular | SEORANG anak kapal syarikat penerbangan tambang rendah, Air Asia bernama Assraf Nasir meraih populariti segera menerusi laman sosial selepas videonya menari menjadi tular.

    Melalui video yang dimuat naik di Instagram itu memaparkan Assraf menari lagak penyanyi pop antarabangsa, Britney Spears dalam video muzik lagu ‘Toxic‘.
    Video itu menjadi sensasi kerana Assraf berjaya meniru gaya Spears ketika melakonkan watak seorang kabin krew di dalam video muzik tersebut.











    Bukan sahaja menjadi viral di Malaysia, malah beberapa pengguna Facebook antarabangsa turut berkongsi video tersebut antaranya Liam Dineen dan sehingga hari ini video berkenaan telah ditonton lebih 14 juta kali.
    Selain sensasi di laman sosial, video berkenaan turut mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang memuji bakat yang ditonjolkan oleh kakitangannya itu.
    “Classic. AirAsia version of Toxic. The talent in AirAsia never fails to amaze me. @assrafnasir is the best. Love it that staff can just have fun and be themselves,” tulisnya.
    Menerusi laman Instagram milik Assraf, individu ini pernah berkongsi sebuah video dia sedang mengajarkan rentak tari untuk penyanyi Intan Sarafina ketika menyertai pertandingan program realiti Gegar Vaganza tahun lalu.
    Jadi tidak asinglah jika Assraf berjaya meniru aksi tari Spears di dalam video berkenaan memandangkan bakat menari sudah ada pada dirinya.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]