• Semasa

    Kagum! Wanita Ini Buat 2 Kerja, Peguam Dan..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]




























    Kagum! Wanita Ini Buat 2 Kerja, Peguam Dan.. | DALAM era kos sara hidup semakin meningkat, memang ada kalanya menyebabkan segelintir individu terpaksa melakukan dua pekerjaan bagi menampung kehidupan seharian.
    Macam yang dilalui seorang peguam wanita ini, walaupun mengakui sibuk dengan kerjaya profesionalnya itu namun dia tetap melakukan satu lagi pekerjaan yang kurang glamor di kalangan anak muda iaitu menyempurnakan jenazah.
    Walaupun begitu, Siti Rasidah Abd Radzaz berkata dia melakukan pekerjaan itu bukan disebabkan ingin mencari duit lebih sebaliknya lebih kepada tuntutan fardhu kifayah memandangkan dia mempunyai sedikit pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tersebut.












    Memetik portal Says, Rasidah menjelaskan dia mula terlibat dalam bidang pengurusan jenazah sebaik menamatkan zaman persekolahan 17 tahun lalu.
    “Pada masa itu, saya hanya membantu sahaja, saya pelajari semua dari mak saya.  Bila semakin mahir, mak suruh saya uruskan sendiri jenazah,”
    “Ketika itu, mak akan menyelia kerja-kerja mengurus dan memandikan jenazah sehingga sehingga selesai.  Mak akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar dan teratur,” katanya.

    Kagum! Wanita Ini Buat 2 Kerja, Peguam Dan..

    Ibu Rasidah, Sa’dah Saliehan merupakan petugas pengurusan jenazah di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan kini sudah pun bersara daripada tugasnya itu, baru-baru ini.
    Memanfaatkan ilmu dan pengetahuan daripada ibunya, Rasidah, graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kini bekerja di sebuah firma guaman bijak membahagikan masa dengan sebaiknya bagi melakukan dua pekerjaan dalam satu masa.
    Bidang pengurusan jenazah sering kali dikaitkan dengan pengalaman mistik yang mungkin dihadapi si pengendalinya, namun Rasidah mendedahkan sepanjang 17 tahun berkecimpung dalam bidang ini, dia tidak pernah lagi diganggu dengan kisah-kisah mistik yang sering disogokkan dengan pekerjaan itu.
    “Sepanjang berurusan dengan jenazah, saya tidak pernah lagi mengalami pengalaman misteri walaupun saya sendiri pernah nak rasa pengalaman itu.  Namun, Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan,” jelasnya lagi yang memandikan jenazah di sekitar Johor Bahru.
    Setiap pekerjaan pastinya ada pelbagai cabaran dan rintangannya yang tersendiri, begitu juga tukang mandi jenazah.
    Menurut Rasidah, 34, dia sendiri pernah melalui detik-detik menyedihkan apabila memandikan jenazah.
    “Untuk melakukan kerja ini, anda kena jadi kuat.  Kena tahan dari menitiskan air mata sebabnya akan ada situasi di mana anda rasa nak menangis.  Saya pernah beberapa kali menangis ketika menguruskan jenazah terutama ketika terpaksa memandikan jenazah ahli keluarga, saudara-mara dan kawan sendiri,” katanya yang turut membawa dua anaknya bersama ketika memandikan jenazah bagi memberikan pendedahan kepada mereka.
    Menurut Rasidah, masih tak ramai orang yang mempunyai keberanian untuk memandikan jenazah yang bukan merupakan ahli keluarga mereka.
    “Orang kita selalu fikir yang kalau sedang haid kita tak boleh mandikan jenazah sebab takut kena badi serta kanak-kanak tak boleh ada di sekitar kawasan itu, tak, sebenarnya, sesiapa pun boleh mandikan jenazah asalkan dia berfikiran waras dan sudah akil baligh,” katanya.  












    Kurangnya pendedahan dan maklumat mengenai pengurusan jenazah menyebabkan orang-orang muda merasakan perkara itu adalah tidak penting dan seharusnya diserahkan kepada orang tua yang lebih berpengalaman dalam bidang tersebut.
    “Masyarakat jarang didedahkan dengan topik pengurusan jenazah.  Saya harap di masa akan datang, kisah saya akan dapat membuka minda masyarakat yang orang muda boleh diberikan pendedahan dan pengajaran awal cara-cara untuk menguruskan jenazah.
    “Saya telah memilih untuk membantu ibu pada zaman remaja kerana disebabkan kesedaran dan rasa tanggungjawab (sebagai umat Islam).  Saya rasa bidang ini memerlukan penglibatan dari anak muda, generasi masa kini (agar ada pelapis) mewarisinya,” katanya menutup perbualan.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]