• Semasa

    KEJAM! Bayi Tak Henti Menangis, Wanita Tendang, Campak Bayi





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    KEJAM! Bayi Tak Henti Menangis, Wanita Tendang, Campak Bayi | KEJAM! Seorang ibu muda berusia 27 tahun di China bertindak seperti hilang akal apabila sanggup menendang dan mencampak bayi perempuannya di atas tangga.

    Klip berdurasi 25 saat itu memaparkan suspek yang dikenali sebagai Chen dirakam menjerkah dan menendang serta mencampak bayi perempuannya ke atas tangga selepas bayi tersebut tidak berhenti menangis.
    Menurut laman Daily Mail, kejadian itu berlaku di wilayah Guangdong pada 3 petang waktu tempatan pada 24 Februari lalu.
    Rakaman itu kemudiannya menjadi sensasai di laman sosial selepas dimuat naik oleh seorang saksi menerusi laman Weibo pada 26 Februari dengan kapsyen, “Song Ge has a word.”
    Rakaman tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai dan telah ditonton lebih lapan juta kali.

    KEJAM! Bayi Tak Henti Menangis, Wanita Tendang, Campak Bayi








    Berikutan tersebarnya klip tersebut, pihak polis Beijiao menjalankan siasatan dan berjaya mengesan Chen yang berasal dari Hubei.
    Menurut Chen kepada anggota polis Beijiao, dia berada dalam keadaan tertekan dan gagal mengawal emosinya pada ketika itu lalu melepaskan amarahnya terhadap bayi perempuannya.
    Walau bagaimanapun, Chen menyesal dengan tindakannya itu.
    Tambah polis lagi, pihaknya telah memberi amaran lisan kepada Chen dan bayi malang itu pula difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
    Susulan kejadian itu, bayi perempuan itu kini diletakkan di bawah penjagaan ibu bapa Chen. 
    by Mgid


    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]