• Semasa

    Selamba Biar Anak Conteng Dinding Pejabat Pos…





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]





























    Selamba Biar Anak Conteng Dinding Pejabat Pos… | SERING sahaja kita mendengar keluhan masyarakat tentang sikap ibu bapa yang tidak kisah atau tidak ambil peduli dengan kelakuan anak mereka di khalayak ramai.

    Golongan ibu bapa ini kebiasaanya ada ‘perangai’ tidak boleh ditegur, lebih-lebih lagi apabila sudah leka dengan gajet, membiarkan sahaja anak kecil bermain tanpa hirau tingkah laku mereka kepada masyarakat sekeliling.
    Seperti yang dikongsikan di laman Penang Kini, situasi yang berlaku di pejabat pos cawangan Tesco Gelugor, Pulau Pinang ini sangat tidak wajar dan tidak boleh diterima.
    Sikap ibu bapa yang tidak kisah apa anak nak buat, habis dinding pejabat pos dilukis, bakul sampah dipijak.” 
    Itulah yang ditulis melalui perkongsian dua keping gambar menunjukkan kanak-kanak bertindak menconteng dinding pejabat pos dan juga perlakuan seorang budak memijak bakul sampah.
    Di mana agaknya ibu bapa kepada kanak-kanak ini? Adakah terlalu sibuk atau langsung tidak mempedulikan anak meskipun mereka sudah terang lagi bersuluh melakukan kesalahan.
    Kebanyakan netizen yang memberi komen berkata ia berpunca daripada sikap ibu bapa sendiri yang sama ada tidak mempedulikan anak mahupun langsung tidak boleh menegur anak mereka.
    “Anak itu tak salah, yang salah ibu bapa dok sibuk main gajet sampai menganga tak nampak apa anak buat,” tulis Atirah Norman.
    Like parents like son? Kalau kita tegur budak tu silap-silap kita yang kena marah,” tulis Imie Jer.
    Kesimpulannya, melentur buluh biarlah dari rebungnya, ibu bapa harus sentiasa awasi pergerakan anak-anak anda tidak kiralah ketika dalam rumah mahupun di luar.
    Lebih-lebih lagi jika mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika di tempat awam, tak berasa malukah kalian?

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]