• Semasa

    Tiada Rezeki, Makanan Niaga Bertabur Akibat Kemalangan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]






















    Tiada Rezeki, Makanan Niaga Bertabur Akibat Kemalangan | HAJAT dua beradik mencari sesuap nasi dengan berniaga hari ini tidak kesampaian, apabila makanan jualan mereka terjatuh bertaburan di kaki lima selepas mereka terlibat dalam kemalangan

    Dalam kejadian di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang awal pagi tadi itu, dua wanita warga emas berkenaan cedera parah apabila motosikal yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan.

    Tiada Rezeki, Makanan Niaga Bertabur Akibat Kemalangan













    Menurut laporan Facebook Penang Kini, ketika kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Kebun Sireh ke Seberang Jaya untuk berniaga.
    Gambar kemalangan kedua adik beradik warga emas ini turut tersebar menerusi laman sosial sekali gus mengundang simpati ramai.









    Rata-rata netizen tersentuh akan nasib kedua-dua mangsa dan kerugian yang mereka alami akibat kejadian itu.
    Difahamkan, kedua mangsa kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]