Header Ads

  • Semasa

    [VIDEO] Aksi Minah ‘Terkejut’ Cuit Hati Netizen






















    [VIDEO] Aksi Minah ‘Terkejut’ Cuit Hati Netizen |  BIASANYA apabila dikejutkan oleh sesuatu misalnya rangsangan yang tidak dijangka, kita akan memberikan respons terkejut seperti tersentak atau mengeluarkan suara secara spontan.

    Reaksi begini sebenarnya bukanlah dibuat-buat, sebaliknya merupakan tindak balas di luar kawalan, sehingga kadang-kadang menggeluarkan perkataan yang tidak sesuai.

    Begitulah reaksi spontan yang dihadapi oleh seorang pengguna Twitter, @thejieha apabila rakaman kompilasi dirinya pernah melatah menjadi tular sehingga menerima lebih 3,400 perkongsian di laman sosial.
    Menerusi beberapa rakaman yang dipaparkan, dia diusik oleh suaminya beberapa kali ketika berada di dalam kereta, mahupun ketika sedang makan.
    Ia sekali gus membuatkan wanita tersebut hanya mampu ‘reda’ dan bersabar sahajalah dengan usikan suaminya itu.
    Rata-rata netizen merasakan aksinya yang bersahaja lagi mudah terkejut itu merupakan sesuatu yang lucu lagi comel, serta tidak jemu untuk ditonton.
    “Dia punya ‘heyyyy’ tu berapa harakat,” tulis Harith Zaid.
    Diyana Hussin pula berkata: “Suami saya pun sering usik macam ni, saya tak suka dan terpaksa melatah teruk.”
    Sementara Maer pula menambah: “Bikin stress je kalau dapat pasangan macam ni. Okay lah tu tak sampai melatah. Ada member kuat gak terkejut, dia punya layan MasyaAllah😂,”
    Apa-apa pun reaksi wanita itu harus dipuji kerana biarpun diusik dan disakat beberapa kali, dia tetap tidak mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kedengaran.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad