• Semasa

    Yuna Sudah Bertunang Dengan Adik Ashraf Sinclair?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

























    Yuna Sudah Bertunang Dengan Adik Ashraf Sinclair? | SEBELUM ini, memang ada desas-desus mendakwa penyanyi terkenal Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna kini sedang jalin hubungan cinta dengan adik kepada pelakon Ashraf Sinclair yang bernama Adam.











    Yuna Sudah Bertunang Dengan Adik Ashraf Sinclair?

    Pun begitu, Yuna tidak pernah memberi respons mahupun mengakui gosip yang hangat bertebaran itu.
    Bagaimanapun, seolah menguatkan lagi gosip percintaan itu, Yuna buat pertama kalinya dilihat memuat naik gambarnya bersama lelaki berwajah Pan-Asia itu menerusi laman Instagramnya sekitar Disember lalu.
    Terbaharu, satu sumber mendedahkan kepada BH Online, pasangan ini sebenarnya sudah pun bertunang.
    Dakwa sumber itu, Yuna, 31, dilamar Adam pada minggu lalu.
    “Selepas lebih setahun berkawan, akhirnya Adam melamar Yuna pada minggu lalu dan Yuna sangat gembira dan menerima lamaran berkenaan,” kata sumber terbabit.
    Sementara itu, pengurus Yuna yang dikenali sebagai Wawa bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
    “Tak adalah, ini semua khabar angin saja. Macam mana nak bertunang, sedangkan Yuna baru saja sampai di Malaysia dua hari lalu.
    “Dia balik ke Malaysia kerana mahu menjayakan festival muzik, Love Live Fest,” kata Wawa menerusi aplikasi WhatsApp.
    Menerusi pemeriksaan kami pula, Adam ada bertemu dengan Yuna di Hollywood minggu lalu berdasarkan gambar yang dikongsi menerusi laman Instagramnya.
    Difahamkan, Adam merupakan seorang pengarah iklan komersil.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]