• Semasa

    2 Budak Jadikan Eskalator ‘Taman Mainan’





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    2 Budak Jadikan Eskalator ‘Taman Mainan’ | APA nak jadi dengan dua orang budak ini apabila menjadikan tangga bergerak atau eskalator di sebuah pusat membeli belah di Sandakan, Sabah sebagai ‘taman permainan’ mereka.

    Menerusi perkongsian di Facebook, sebuah video memaparkan dua kanak-kanak lelaki dipercayai berusia 8 hingga 11 tahun menggunakan eskalator dalam keadaan berbahaya sambil memegang aiskrim.
    Pada awal video tersebut kelihatan kedua kanak-kanak tersebut duduk seakan-akan seperti menunggang motosikal di bahagian pemegang eskalator sebelum seorang darinya yang berbaju belang merah putih turun dari tempat pemegang tersebut.
    Lebih memeranjatkan apabila tindakan mereka meluncur laju menggunakan pemegang eskalator tanpa memikirkan keselamatan untuk turun ke tingkat satu pusat membeli belah itu.
    Rakaman video terhenti apabila kanak-kanak itu dipercayai mahu naik semula dan melakukan aktiviti yang sama.
    Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya melihat dan tidak melakukan sebarang tindakan bagi menegur perbuatan berbahaya kanak-kanak itu.
    Individu yang merakam video tersebut turut risau dengan tindakan dua kanak-kanak tersebut kerana bimbang boleh mengorbankan nyawa mereka.
    Video tersebut mendapat tontonan lebih 8,000 dan netizen mahukan tindakan sewajarnya dilakukan.
    Netizen mempersoalkan pengawal keselamatan pusat membeli belah tersebut yang tidak peka dengan kejadian tersebut dan penjaga kepada kedua kanak-kanak itu. 

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]