Header Ads

  • Semasa

    "Abang Tunggu I Tau, Rindu Abang.."

    "Abang Tunggu I Tau, Rindu Abang.." | Komposer dan juga suami kepada penyanyi Nora, iaitu Johan Nawawi telah meninggal dunia pada tanggal 24 Mac baru-baru ini akibat serangan jantung. Nora dan keluarga pastinya sedih dengan pemergian ini. Namun itulah lumrah kehidupan yang terpaksa ditempuhi. Yang hidup pasti akan mati.

    Menerusi laman instagram, Nora meluahkan rasa rindu dan ucapan sempena ulangtahun perkahwinan ke 25 ini buat kami sebak.

    Abang tunggu I tau.. I nk jumpa abang lagi.. rindu abang..

    Today 9/4/2017.
    HAPPY 25th anniversery abang
    9/4/1992…hari pertama I bergelar isteri abang.
    Last year kita sambut kat Bali, the best moment, this year, abang kata nak pegi lagi….abang suka..
    Tapi this year, kita plan pegi umrah sempena 25th perkahwinan, abang plan nak pakai tuxedo dan duet lagu Hanya Satu…
    Hakikatnya hari ni abang dah tak de, abang pergi tinggalkan I buat selama- lamanya….I tak pernah terfikir abang akn pergi begitu cepat….tiada terduga.
    Selama 24 tahun, kita tak pernah berpisah lebih dari 2 minggu.
    Tapi kita hanya merancang kan…
    Allah penentu segalanya.
    I sayang abang kerana Allah, dunia akhirat, saudara mara, kawan2 semua sayang abang…. tapi Allah lebih lebih menyayangi abang, Dia lebih tahu, Dia ambik abang terlebih dahulu, semoga abang tenang ditaman- taman syurga yg lebih indah dari dunia ini.
    Ya Allah, ampunilah segala dosa2 suamiku, tempatkan dia bersama org2 beriman & soleh….
    Semuga kita bertemu lagi disana…
    Abang tunggu I tau….I nk jumpa abang lagi….rindu abang..
    I akn ingat pesan2 abang, I janji kena kuat demi utk menjaga peninggalan abang iaitu….zuriat2 kita….mereka jugak rindukan papa.
    Semuga kita sekeluarga dapat bertemu lagi disyurga.
    In Shaa Allah.
    Al- Fatihah.
    Darinya kita datang, kepadanya kita pulang.
    JOHAN NAWAWI 1966-2017

    Terima kasih abang diatas segala-galanya

    Terima kasih abang diatas segala- galanya.
    Selama 24 tahun, Abang telah mengajar I erti cinta sejati, kasih sayang, pengorbanan, keikhlasan, kesabaran, kehidupan….dan akhir sekali qada & qadar. Siapa kita utk melawan takdir.
    Kini tiada lagi tempat mengadu, bergaduh, bergurau, bercerita, berkasih sayang…..yg ada hanya kenangan2 indah yg akn kekal abadi selamanya.
    Al- Fatihah
    JOHAN NAWAWI 1966-2017

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad