• Semasa

    Cina Rasis Ini Maki Wanita Melayu Sebagai Sundal?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Cina Rasis Ini Maki Wanita Melayu Sebagai Sundal? | NAMPAKNYA kekecohan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan diketuai DAP cuba menggagalkan RUU 355 di Dewan Rakyat minggu lalu memberi kesan besar kepada penyokong mereka sendiri.

    Mungkin kecewa kejayaan pembentangan usul persendirian PAS itu memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah yang sengaja dimomokkan DAP sebagai Hukum Hudud, ada kalangan mereka mula biadab bertindak balas.
    Selepas umat Islam dikejutkan dengan paparan karikatur ‘Akta Monyet’ disiarkan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau yang menghina RUU 355, terbaharu netizen tempatan digemparkan dengan video tular berbaur rasis!
    Menerusi video berdurasi 2 minit 15 saat yang dirakamkan dalam sebuah tren LRT di ibu negara baru-baru ini, seorang penumpang lelaki Cina lingkungan usia 50-an kelihatan biadab memaki hamun seorang  wanita Melayu.
    Dalam video di bawah, dapat kita lihat bagaimana lelaki Cina di dalam komuter ini terlalu bencikan orang Melayu sehingga beliau memandang hina dan merendahkan bangsa yang banyak memberi ihsan di bumi bertuah ini.
    Pada mulanya lelaki Tionghua itu mendabik dada dengan bangga memuji bangsanya sebelum memperkecilkan pula keupayaan orang Melayu. Kemudian dia bertindak kurang ajar menghina amalan orang Islam solat di dalam masjid.
    Selepas seketika lelaki itu hampir memukul wanita Melayu ini dengan ugutan mahu ‘mencepuk’ mangsa. Aksi biadab suspek berterusan lagi apabila dia menjerit kuat ‘sundal’ seperti mahu mencabar wanita itu untuk bergaduh.
    Kemudian lelaki ini mula bertindak ganas dengan menendang mungkin bahagian kaki wanita Melayu yang sedang merakam kelakuan biadabnya sambil memanggil mangsa beberapa kali menerusi gelaran keji sundal dan barua.
    Ketika turun dari koc LRT tersebut, lelaki Cina itu dengan kurang ajar menghambur kata-kata nista yang bangsa Melayu dianggap sebagai kaum ketinggalan dan Islam pula dianggap agama yang dicampak ke dalam tong sampah.
    Berdasarkan kepada video yang sedang tular menrusi media sosial ini, netizen tempatan mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap lelaki Cina jelik ini yang berani mengganggu ketenteraman awam.
    Dia yang dipercayai penyokong pembangkang itu juga boleh didakwa kerana kenyataan berbaur hasutan perkauman yang jelas hina bangsa lain dan lebih teruk lagi membenci agama rasmi negara kita pula.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]