• Semasa

    “Dah Tabur Duit Pun Tak Bahagia”- Datuk Seri Vida





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    “Dah Tabur Duit Pun Tak Bahagia”- Datuk Seri Vida | SETELAH tiga kali melalui keruntuhan rumahtangga, Datuk Seri Vida (DSV) yang terkanal sebagai seorang yang gemar berbelanja mewah, merumuskan bahawa kebahagiaan tidak mempunyai tanda harga.

    Dalam satu temubual dengan sebuah akhbar tempatan, DSV memberikan pandangannya terhadap kemampuan wang dalam membeli kasih sayang.
    “Pada saya boleh juga hendak beli. Tetapi bahagia yang subjektif. Bahagia rumah tangga, ada orang boleh beli, tabur duit jadi bahagia.
    “Tetapi sekarang ni, kita tabur pun tak bahagia juga, macam mana tu?
    “Cuma ia mengajar saya, lain kali carilah pasangan yang sekufu dengan kita, itu pengajaran buat saya,” katanya kepada akhbar tersebut.
    Bagaimanapun, reality check ini tidak memutuskan semangat DSV untuk berikhtiar mencari jodoh yang baru.
    Sementara itu, bagi mengubat rasa hati yang sedang bersedih ketika ini, DSV pastinya mahu melupakan seketika episod duka dalam hidupnya ini dengan terapi beli-belah, sudah pasti!
    “Oho, sudah tentulah dengan membeli-belah. Lagi banyak beli, lagi sejuk hati tu. Tetapi yang lebih penting lagi, malam-malam saya akan bermunajat. Saya jenis tidur lewat. Tidur sekejap, bangun balik untuk bermunajat kepada Allah.
    “Saya adu segala-galanya kepada Dia, kemudian saya akan tidur semula selepas subuh. Sehari saya cuma tidur lima jam sahaja. Tetapi peliknya, kalau orang lain tak tidur kurus, tetapi saya tetap macam ni….Hahaha!,” kongsinya lagi kepada akhbar tersebut.

    1 ulasan:

    1. Tak sangka orang kaya ni rupanya mmg spesis bodo piang. Hg belajaq mana duit ringgit bole beli bahagia. Kata dok mengadu kpd Allah setiap masa, betoi ka??

      BalasPadam

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]