• Semasa

    Netizen Rimas Suara Bingit Achey Jadi Hos





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

     Netizen Rimas Suara Bingit Achey Jadi Hos | PROGRAM Gema Gegar Vaganza yang sudah memasuki episod kedua semalam terus mendapat perhatian selepas mengetengahkan program hiburan berciri Islamik.

    Siapa cakap progam Islamik tidak dapat menangkap hati para penonton di Malaysia kan?
    Tengok sahajalah Gema Gegar Vaganza yang menjadi trending walaupun baharu sahaja bersiaran selama dua minggu.
    Namun begitu, di sebalik penonton berasa sayu dan terhibur dengan persembahan daripada penyanyi nasyid dan kerohanian, terdapat juga sesetengah netizen tidak begitu menggemari cara pengacaraan yang dibawakan salah seorang hos program tersebut iaitu Achey.
    Selain Achey, Gema Gegar Vaganza turut diterajui oleh Siti Nordiana dan Fikri Lawak Solo.
    Rata-rata netizen ‘meluat’ dengan cara pengacaraan Achey yang terlalu bising dan bingit mengikut pemerhatian mereka.
    Malah, kritikan tersebut turut menular menerusi kicauan di laman mikro Twitter masing-masing.

    Penonton turut menasihatkan Achey agar mengawal sedikit tone suaranya dan kurangkan menjerit agar bersesuaian dengan konteks santai yang dibawakan program tersebut. 



    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]