• Semasa

    Selepas Buku Kata-Kata, Fattah Bakal Lancar Novel





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Selepas Buku Kata-Kata, Fattah Bakal Lancar Novel | MESKIPUN pernah melalui pengalaman teruk dikritik atas penghasilan buku kata-katanya, nampaknya ia tidak menjadi pematah semangat buat aktor popular Fattah Amin untuk muncul dengan novel pula.

    Fattah, 26, yang baru sahaja memenangi kategori Top Top MeleTOP lelaki pada Anugerah Meletop Era 2017 mengesahkah bakal melancarkan novel, pada Sabtu ini.
    Menurutnya, novelnya itu mempunyai judul yang sama dengan single lagunya iaitu Wanita Terakhir.
    “Novel ini memang diadaptasikan daripada lagu berkenaan. Sama seperti lagu itu yang dijadikan hadiah untuk peminat, yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada saya.
    “Ini termasuk kumpulan Lofattah (gabungan Neelofa dan Fattah), saya berharap lagu ini dapat meneruskan penghargaan saya buat mereka.
    “Kejayaan dan pencapaian saya selama ini takkan hadir tanpa sokongan semua peminat,” katanya kepada BH Online.
    Sebelum ini, Fattah pernah menerbitkan buku diberi judul 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin.
    Buku itu hangat diperkatakan masyarakat Malaysia sehinggakan menjadi parodi syarikat-syarikat besar.
    Bagaimanapun, difahamkan buku Fattah itu laris dijual dan mendapat sambutan hangat.
    Dalam perkembangan lain, Fattah kini sedang sibuk dengan penggambaran drama, Hero Seorang Cinderella, yang turut diterajui bersama Fazura.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]