• Semasa

    [VIDEO] “Mana Kau Nak Pergi Setan!”





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    [VIDEO] “Mana Kau Nak Pergi Setan!” | RAKAMAN sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai dilarikan oleh seorang pencuri menjadi tular melalui media sosial tempatan sejak semalam.

    Menerusi video berdurasi 1 minit 57 saat, kenderaan kecil itu yang diubah suai kepada Passo dirakamkan dikejar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Ismail, Mersing, Johor.
    “Haa mari kita tengok ini dia, pencuri kereta… tengah follow sekarang ni, mana kau nak pergi setan!” ujar pemandu berkenaan.

    Suspek akhirnya memasuki jalan mati sehingga menyebabkan dia terbabas berhampiran sebuah restoran dan dilihat cuba untuk melarikan diri di penghujung rakaman.
    Bagaimanapun, tindakan pantas polis Mersing serta bantuan daripada orang ramai membuatkan suspek berjaya diberkas selepas dipecayai melarikan diri kira-kira 80 kilometer sehingga ke Pekan Kahang, Kluang.

    Menurut laporan Sinar Harian, mangsa hanya mengetahui keretanya hilang selepas dimaklumkan rakan dan mendapati keretanya yang baru diparkir pukul 8.15 pagi sudah tiada di tempat letak kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Ismail, Mersing.
    Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Cyril Edward Nuing mengatakan suspek yang berusia 31 tahun itu beralamat dari Bahau, Negeri Sembilan dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
    Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Mersing untuk menghadapi pertuduhan. 

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]