• Semasa

    Angkara Treler Ini Juga Adik Alift Haqif Yatim Piatu .. Ibu dan Ayah Antara 8 Yang Maut Semalam (6 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Angkara Treler Ini Juga Adik Alift Haqif Yatim Piatu .. Ibu dan Ayah Antara 8 Yang Maut Semalam (6 Gambar)
    Angkara Treler Ini Juga Adik Alift Haqif Yatim Piatu .. Ibu dan Ayah Antara 8 Yang Maut Semalam (6 Gambar) - Mersing : Dia baru berusia 3 tahun tidak mengenal erti apa-apa lagi namun dia sudah dapat merasai kehilangan ibu dan ayah nya kerana mereka tiada disisi disaat dirinya dirawat di Hospital.
    Ini lah dugaan besar buat sicomel ini Adik Alif Haqif sudah yatim piatu diawal semuda usianya ini dan ayah kini telah kembali kepada pencipta, siapa yang bakal menjaganya.

    Angkara Treler Ini Juga Adik Alift Haqif Yatim Piatu .. Ibu dan Ayah Antara 8 Yang Maut Semalam (6 Gambar)


    “Biarlah keluarga perempuan yang menjaga Muhammad Alifthaqif, 3, kerana mungkin dia lebih sesuai di sana,” kata Mohamed Taip Sidek, 74, bapa kepada Osman, 31, yang maut bersama isterinya Rosniza Othman dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, Jempol, semalam.




    Mohamed Taip berkata, tiada perbincangan rasmi lagi mengenai hak penjagaan cucunya itu, tetapi berpendapat lebih sesuai untuk Muhammad Alifthaqif dijaga keluarga ibunya.
    "Dia lebih rapat dengan keluarga sebelah ibunya dan adik beradik arwah ibunya pasti dapat menjaganya dengan baik.
    "Namun, itu hanya keputusan saya... kami masih perlu berbincang mengenai masa depan cucu saya ini dengan kedua-dua keluarga. Kemalangan ini meragut nyawa ibu bapanya, sekali gus menjadikannya yatim piatu sekelip mata," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, hari ini.
    Mohamed Taip berkata, cucunya itu patah tangan kiri dan dilaporkan stabil dirawat di Hospital Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.
    Jenazah Osman dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Merab Luar, selepas Asar, manakala isterinya, Rosniza dikebumikan di kampung halaman isterinya di Endau, Mersing.
    Dalam kejadian jam 2.20 petang semalam, lapan maut dengan enam daripadanya rentung manakala seorang cedera dalam kemalangan membabit dua kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan treler di Jempol.
    Mereka yang maut ialah enam sekeluarga yang menaiki Proton Exora iaitu pemandu kenderaan berkenaan Wan Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim, 52, dan isteri Masnoraida M Yussof, 44.
    Turut terkorban empat anak mereka iaitu W Muhammad Muhaimmin, 21; Wan Athira, 18; Wan Mohd Ammar Haziq, 13; dan Wan Nur Aiesya, 7. Al fatihah 

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]