• Semasa

    "Bila Dah Viral, Ada Pula Yang Dengki.." - Inilah Penyakit Orang Kita?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "Bila Dah Viral, Ada Pula Yang Dengki.." - Inilah Penyakit Orang Kita?

    "Bila Dah Viral, Ada Pula Yang Dengki.." - Inilah Penyakit Orang Kita?SUNGAI PETANI, KEDAH - Peniaga Ayam Bakar Pasu Terlangkup mengalami kerugian RM2,000 akibat perbuatan dengki dan khianat individu yang telah merosakkan beberapa buah pasunya, lapor mStar Online

    "Bila Dah Viral, Ada Pula Yang Dengki.." - Inilah Penyakit Orang Kita?


    Dalam kejadian awal pagi Selasa, pemiliknya, Yusdey Ismail, 40, berkata, 18 daripada 43 pasunya dipecahkan oleh pihak yang dipercayai tidak senang dengan perniagaan yang dijalankannya di Bazar Ramadan Wisma Ria. 

    "Ada yang kata saya fitnah atau sengaja mereka cerita, itu tidak betul. Pasu-pasu itu memang ada kesan pecah akibat diketuk dengan benda keras, saya agak tukul besi. 

    "Saya tidak menyangka sampai jadi begini, apatah lagi di bulan Ramadan. Saya anggap kerugian yang saya alami ini sebagai dugaan saya di bulan puasa," katanya kepada wartawan mStar Online, semalam. 

    Difahamkan, perniagaan Ayam Bakar Pasu Terlangkup Yusdey sebelum ini viral di media sosial dan mendapat sambutan yang hangat dari orang ramai, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Ramai pelanggannya sanggup beratur panjang untuk mendapatkan ayam yang dimakan dengan sos khas ini. 

    Ekoran kejadian itu, Yusdey mengalami kerugian lebih kurang RM2,000. 

    "Rugi banyak juga sebab pasu-pasu ini saya buat sendiri. Nasib baik saya ada simpan pasu lebih dan bolehlah saya berniaga seperti biasa," katanya. 

    Yusdey enggan menuduh sesiapa namun percaya ada individu yang tidak berpuas hati apabila dia menutup gerainya dengan jaring hitam. Namun setahu dia, gerainya tidak ada menghalang laluan sesiapa. 

    Yusdey membuat laporan polis pada hari kejadian.

    Sumber: The Reporter

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]