Header Ads

  • Semasa

    "Kami Berdua Memang Serius"- Pengakuan Shahir Sudah 3 Tahun Jalin Hubungan Cinta Dengan Erra

    "Kami Berdua Memang Serius"- Pengakuan Shahir Sudah 3 Tahun Jalin Hubungan Cinta Dengan Erra  
    "Kami Berdua Memang Serius"- Pengakuan Shahir Sudah 3 Tahun Jalin Hubungan Cinta Dengan Erra - Sebelum ni ramai yang tertanya-tanya apakah status hubungan Erra Fazira dan penyanyi, Shahir. Akhirnya Shahir akui bahawa mereka sebenarnya telah bercinta selama tiga tahun dan kini, Shahir sudah bersedia untuk bertemu dengan keluarga Erra Fazira.. Cuma belum berkesempatan lagi. Kami pasti peminat Erra Fazira dengan Shahir akan gembira dengan berita ni. Iya lah, perkara yang baik tak elok dilambatkan.. Betul tak?

     "Kami Berdua Memang Serius"- Pengakuan Shahir Sudah 3 Tahun Jalin Hubungan Cinta Dengan Erra

    Tidak mahu melengahkan perkara yang baik

    Menurut Shahir, sebelum ni dia pernah bertemu ahli keluarga Erra Fazira tetapi enggan berkongsi secara terperinci tentang pertemuan tersebut dan menganggap ia sebagai perkara peribadi.
    Saya juga tidak mahu lagi melengahkan perkara yang baik. Saya mohon semua supaya mendoakan yang terbaik untuk kami berdua. Memang kami merancang, tetapi Allah yang menentukan semuanya. Sampai masa, saya akan berkongsi segala-galanya. Cuma, ketika ini belum ada tarikh pasti dan saya juga perlu menghormati pihak lain. Saya faham situasi Erra yang terpaksa menjawab pelbagai pertanyaan. Apa yang dapat saya katakan, kami berdua memang serius.

    Hasrat bawa Erra tunai solat terawih

    Tambah Shahir, mereka juga sempat berbuka puasa bersama walaupun masing-masing sibuk dengan urusan kerja.
    Sepanjang Ramadan, saya berada di ibu kota memenuhi beberapa undangan berbuka puasa dan program TV. Diikutkan kami berdua memang sibuk, tetapi saya tetap mencuri masa menemaninya berbuka. Saya juga berhasrat membawa Erra menunaikan solat tarawih, tetapi masih belum berkesempatan.
    Sumber: Berita Harian Online via ohbulan

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad