• Semasa

    Kini Sabah Pulak Tolak Pelaksanaan Cukai Pelancongan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kini Sabah Pulak Tolak Pelaksanaan Cukai Pelancongan

    Kini Sabah Pulak Tolak Pelaksanaan Cukai PelanconganKOTA KINABALU, SABAH - Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, menolak sebarang pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dicadangkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bermula 1 Julai ini, lapor Sarawak Voice

    Menurut Masidi, sebarang bentuk cukai perlu disalurkan ke negeri Sabah, bukannya ke kantung Kerajaan Persekutuan.

    Kini Sabah Pulak Tolak Pelaksanaan Cukai Pelancongan


    Meskipun faham dengan langkah yang diambil kerajaan untuk menjana pendapatan dalam keadaan yang sukar, namun analisis kos dan faedah perlu dilakukan sebelum melaksanakan cukai sedemikian. 

    "Pelancongan dianggap penyelamat ekonomi negara ketika negara berdepan kesukaran. Banyak pemain tidak meraih pendapatan tinggi sekarang," katanya. 

    Menurut Masidi, Kabinet pada Rabu lalu ada membincangkan isu tersebut dan menyatakan cadangan cukai pelancongan itu wajar dipertimbangkan tetapi bukan pada ketika ini. 

    "Yang saya hendak tekankan ialah kita dapat 'menjual' Sabah lebih baik daripada orang lain, kerana ini negeri kita dan kita tahu dengan tepat bagaimana 'menjualnya'. 

    "Ramai rakyat Sabah akan kehilangan pekerjaan jika industri pelancongan terjejas dan keadaan akan bertambah buruk jika kerajaan mengambil keputusan melaksanakan cukai pelancongan," katanya.

    Sumber: The Reporter

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]