• Semasa

    Pemandu Uber Hadapi Tuduhan Cabul Penumpang Wanita Vietnam





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pemandu Uber Hadapi Tuduhan Cabul Penumpang Wanita Vietnam

    Pemandu Uber Hadapi Tuduhan Cabul Penumpang Wanita Vietnam - ANGGOTA polis mengiringi seorang pemandu Uber berusia 30 tahun ke Mahkamah Georgetown untuk dituduh berikutan kejadian seorang wanita warga Vietnam yang mendakwa dicabul pemandu Uber dalam kejadian di Lintang Paya Terubong baru baru ini.


    Pemandu Uber Hadapi Tuduhan Cabul Penumpang Wanita Vietnam


    GEORGETOWN: Seorang pemandu Uber mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan mencabul seorang penumpang wanita Vietnam, pada minggu lalu.

    Tertuduh, Muhammad Sukri Ramli, 30, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di depan Majistret Catherine Nicholas.

    Muhammad Sukri dituduh menggunakan kekerasan terhadap Tran Thi Thu Thuan, 43, dengan maksud untuk mencabulnya ketika membawa wanita itu dari Lintang Paya Terubong ke Jalan Argyll di sini, pada jam 3.56 petang, 6 Jun lalu.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

    Catherine membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 berserta seorang penjamin selain menetapkan 18 Julai ini sebutan semula kes.

    Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Sharuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Sumber: Berita Harian

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]