Header Ads

  • Semasa

    SAYU !! Satu Motosikal 5 Orang .. Orang Kuat Tambunan dan 3 Anak Maut Tragis Isteri Parah (5 Gambar)

    SAYU !! Satu Motosikal 5 Orang .. Orang Kuat Tambunan dan 3 Anak Maut Tragis Isteri Parah (5 Gambar)Tambunan : Simon Sadi yang maut tragis malam tadi bersama 3 anak nya dalam kemalangan ngeri yang mengakibatkan isterinya Suzana Parah.

    Motosikal yang dinaiki Simon ber LIMA telah melanggar belakang lori semasa mereka dalam perjalanan pulang dari Keningau ke Tambunan setelah selesai menghadiri majils kenduri kematian.


    SAYU !! Satu Motosikal 5 Orang .. Orang Kuat Tambunan dan 3 Anak Maut Tragis Isteri Parah (5 Gambar)


    Menurut adik Ipar mangsa Oliver Damiaus “Kakak dan suami serta tiga anaknya itu baru sahaja pulang daripada kenduri kematian keluarga, kami amat terkejut dan seperti tidak percaya kehilangan abang dan tiga anak saudara serentak.

    "Bagaimanapun, saya bersyukur kakak saya selamat dan kini menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE)," katanya.



    Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Simon Sadi, 29 dan tiga anaknya Aaron Simon, 6, Selvy, 4, manakala yang bongsu belum diperoleh namanya.
    Menurut Oliver, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Papar dan hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh ahli keluarganya.
    "Sebaik dimaklumkan, saya terus ke Hospital Tambunan untuk memastikan sama ada kejadian itu benar -benar berlaku.
    "Sejurus tiba, saya hanya mampu terkedu apabila melihat keadaan mayat abang ipar dan tiga anak saudara saya," katanya ketika ditemui di luar Wad Kecemasan HQE, di sini, hari ini.
    “Abang ipar seoarang periang dan rapat dengan keluarga kami. Kehilangan mereka buat kami amat terkejut, ramai mempersoalkan mengapa mereka menaiki 1 motosikal sampai 5 orang dan tidak memakai topi keledar ketika kejadian " katanya.
    Dia juga baru memenangi tempat ke 3 orang kuat Tambunan dalam acara yang diadakan 4 june lalu di Tambunan.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad