• Semasa

    Video Lelaki Mahu Ditelan Anaconda





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Video Lelaki Mahu Ditelan AnacondaSebelum ini kita digemparkan seorang lelaki mahu mencuba untuk ditelan oleh Anaconda besar dan akan disiarkan melalui siaran Discovery Channel yang bertajuk Eaten Alive dimana pelbagai persiapan dan video trailer menarik telah disiapkan untuk menarik penonton.

    Namun tahukah anda itu semua adalah palsu semata-mata kerana lelaki tersebut Paul Rosolie, 27, sebenarnya tidak jadi untuk meneruskan rancangan tersebut dan telah menarik diri dari dirinya ditelan oleh Anaconda besar tersebut.

    Dalam video yang ditayang kan baru-baru ini telah mengecewakan penonton kerana dia tidak jadi pun ditelan dan ular itu baru sahaja mengigit topinya.



    Yang lebih menyakitkan hati Anaconda itu sebenarnya adalah ular dari tempat lain yang di terbangkan khas kerana mereka tidak barjaya menemui ular yang diingin iaitu sepanjang 26 kaki sedangkan ular yang mereka guna itu hanya 20 kaki.

    Semasa ular itu cuba menelan Rosolie dia telah memanggil anggota keselamatan kerana tidak sanggup untuk meneruskan aksi itu dan kru produksi terpaksa memberhentikan rakaman tersebut.

    Menurut dari sumber beliau menyuruh rakaman itu diberhentikan kerana ular itu telah melilit dengan terlalu kuat sehingga merasakan lengannya hendak patah.



    Ramai penonton ternyata kecewa dan berasa seolah-olah ditipu oleh Rosolie dan Discovery Channel. Kejadian ini telah mendapat pelbagai kritikan di Twitter dan Facebook dengan menyelar mereka kerana menipu penonton.

    Beliau bagaimanapun telah menjawab reaksi penonton itu dan berkata,“Masyarakat menjangkakan saya telah ditelan hidup-hidup oleh ular. Mereka seperti terlupa, ini adalah percubaan untuk masuk ke dalam perut haiwan ganas itu, bukan satu janji.”

    Kalau ikutkan hati admin pun panas sebab admin pun tertunggu-tunggu perkembangan cerita tersebut.

    https://www.youtube.com/watch?v=YME3NW421OU

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]