Header Ads

  • Semasa

    10 Stesen Kereta Api Berhantu Di Dunia !!

    10 Stesen Kereta Api Berhantu Di Dunia !!Kita biasa mendengar kisah-kisah rumah berhantu, istana berhantu, kapal berhantu dan sebagainya, tetapi kali ini kami akan bawakan kepada anda kisah-kisah kereta api yang dikatakan berhantu.

    Sesetengah daripada stesen ini dikatakan dibina berhampiran dengan tanah perkuburan, jadi kemungkinan ada elemen seram di situ.

    Stesen Waterfront
    Kanada
    Jom Lihat!! Stesen Keretapi Yang Menyeramkan Di Dunia

    Stesen ini terletak di Gastown, Vancouver dan masih digunakan sejak ia mula dibina pada tahun 1915. Namun, ia dikatakan sebagai salah satu bangunan paling berhantu di bandar tersebut. 

    Seorang pengawal keselamatan pernah melihat seorang wanita sedang menari-nari dengan iringan muzik pada tahun 1920an. Ketika dia mendekati wanita tersebut, tiba-tiba sahaja wanita tersebut hilang dan muzik terhenti.

    Seorang lagi pengawal keselamatan pernah terserampak hantu seorang wanita tua yang datang kepadanya namun kali ini pengawal itu pula yang melarikan diri. 

    Malah, pernah juga berlaku kejadian misteri apabila meja-meja dipejabat yang tersusun dengan sendiri dan menghalang pengawal keselamatan daripada keluar dari biliknya.

    Stesen Kereta Api Glen Eden
    New Zealand


    Stesen ini terletak di Auckland Barat ialah sebuah stesen yang mempunyai kaitan dengan tanah perkuburan kerana pembinaannya adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada Tanah Perkuburan Waikumete. Ia digunakan untuk membawa mayat-mayat serta keluarga mereka ke kawasan perkuburan berdekatan pada hari ahad. 

    Kafe yang baru dibuka di stesen itu pada tahun 2001 menyaksikan para pekerja melihat kelibat hantu yang kisahnya sudah diketahui umum.

    Kisah ini adalah tentang seorang pekerja stesen kereta api bernama Alec MacFarlane yang terbunuh pada 11 Januari 1924 ketika satu cangkuk dari beg surat dari sebuah kereta api sedang bergerak telah terlekat di antar kedua matanya.

    Mereka mempercayai yang Alec ialah hantu tersebut dengan janggut berwarna kelabu.

    Stesen Metro Panteones
    Mexico

    Jom Lihat!! Stesen Keretapi Yang Menyeramkan Di Dunia

    Stesen di Line 2 yang menyambungkan Mexico City mempunyai pelbagai cerita menarik. Namanya itu membawa maksud 'tanah perkuburan' kerana ia dibina berdekatan dengan dua tanah perkuburan lama.

    Dalam terowong di antara Panteones dan Tacuba, kelibat hantu dikatakan akan mengetuk dinding pada waktu malam.

    Terdapat juga sebuah video menunjukkan para jurutera kereta api di situ terdengar jeritan yang kuat di sepanjang trek kereta api. Dalam video tersebut, jeritan itu boleh didengar pada saat ke 22, 55 dan 58. Jeritan itu sebenarnya seringkali didengar terutamanya apabila stesen itu ditutup pada waktu malam.

    Stesen Kereta Api Macquarie Fields
    Australia

    Jom Lihat!! Stesen Keretapi Yang Menyeramkan Di Dunia

    Stesen kereta api pinggir bandar ini terletak di New South Wales, Australia dan pada dasarnya ialah sebuah stesen yang senyap dan menyenangkan. Namun, biasanya pada lewat malam, kelibat hantu remaja perempuan akan berlegar-legar di stesen itu dan kelibatnya pernah dilihat oleh orang ramai.

    Dia akan berjalan sambil menjerit-jerit yang mana jeritannya akan menjadi semakin kuat. Dia berpakaian dalam pakaian menari dengan dadanya dipenuhi darah. Dia juga akan duduk di stesen itu sambil memandang ke depannya dan akan mengeluh dan mengeluarkan pelbagai bunyi.

    Stesen itu turut mendapat perhatian pihak Ghost Haunting Australia yang berjaya mengambil gambar kelibat yang memerhatikan mereka.

    Stesen MRT Bishan
    Singapura

    Jom Lihat!! Stesen Keretapi Yang Menyeramkan Di Dunia

    Sebenarnya terdapat beberapa buah stesen MRT di Singapura yang dikatakan berhantu, namun stesen ini adalah yang paling terkenal dengan kisah hantu. Ia dibina di bekas tapak tanah perkuburan Bi Shan Teng, kisah-kisah mengenai hantu mula kdengaran sejak ia mula dibuka pada tahun 1987.

    Satu lagi stesen berdekatan, Novena turut dibina ditapak perkuburan dan juga telah keluar dengan cerita-cerita hantu sejak ia mula dibuka. Seorang wanita yang sedang meninggalkan kereta api pada tahun 1990an telah pitam dan apabila ia sedar, dia memberitahu bahawa dia telah ditarik oleh tangan yang tidak kelihatan ketika ingin keluar dari kereta api itu.

    Para pekerja di stesen itu pula pernah menyaksikan pembawa keranda berjalan-jalan di trek stesen tersebut. Ada yang ternampak kelibat orang yang tidak mempunyai kepala, penumpang hantu dan sebagainya di sekitar kawasan stesen tersebut.

    Turut tidak ketinggalan menambahkan misteri ialah orang ramai yang menaiki kereta api turut mendengar bunyi orang berjalan-jalan di atas bumbung kereta api yang sedang bergerak.

    Stesen Kereta Api Begunkodor
    India

    Jom Lihat!! Stesen Keretapi Yang Menyeramkan Di Dunia

    Begunkodor ialah sebuah kampung kecil kira-kira 161 batu dari ibu negeri Bengal Barat, Calcutta. Penduduk tempatan sukar bergerak ke mana-mana sejak stesen tersebut ditinggalkan lebih 42 tahun lamanya sejak seorang pekerja stesen mendakwa ternampak hantu di situ dan dia kemudiannya mati tidak lama kemudian.

    Hantu yang dikatakan seperti seorang wanita memakai sari itu telah menghantui stesen tersebut dipercyai adalah seorang wanita yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah kereta api. Adakalanya dia dilihat menari-nari di kawasan platform.

    Stesen ini dibuka semula pada tahun 2009 namun sehingga kini tiada pula laporan sesiapa menyaksikan kelibat wanita itu berada di situ.

    Stesen Kereta Api Bawah Tanah Caobao
    China
    Jom Lihat!! Stesen Keretapi Yang Menyeramkan Di Dunia

    Stesen di Line 1 di sistem kereta api bawah tanah Shanghai mempunyai reputasi yang menggerunkan. Terdapat 9 kes kematian yang misteri di situ. Manakala kereta api pula selalu mengalami kerosakan selain kelibat hantu yang dikatakan dilihat di situ selain kisah penumpang yang dikatakan ditarik dari platform oleh tangan yang bukan tangan manusia.

    Seorang gadis memakai baju berwarna merah pernah dilihat di situ selepas dia membunuh diri dengan hanya duduk di kerusi platform di situ.

    Manakala suara wanita ketawa kedengaran dalam kegelapan trek kereta api tersebut pada waktu malam ketika tidak ada sesiapa pun di situ.

    Salah satu kisah yang paling menggerunkan ialah seorang pengguna telah jatuh dari platform yang menurut saksi, mendakwa ternampak 'sesuatu' menolaknya jatuh.

    Stesen Kereta Api Addiscombe
    England

    Jom Lihat!! Stesen Keretapi Yang Menyeramkan Di Dunia

    Persekitaran kawasan stesen ini dilanda demam hantu sebelum ia dirobohkan pada tahun 2001 untuk membina tram. Seorang pemandu kereta api terbunuh pada awal tahun 1900an dan mungkin dialah yang ditemui di situ dengan kelibat yang agak kabur dalam pakaian warna kelabu. Dia seringkali ditemui berada di kawasan boiler air yang pernah meletup dan mengorbankan pekerja di situ.

    Sejak meruntuhkan stesen tersebut, kelibat yang sama masih dapat dilihat dimana dia kelihatan memandang dari jauh di belakang pagar berdekatan Jalan Capri.

    Mungkinkah juga dia adalah orang yang bertanggungjawab menggerakkan kereta api di tengah malam di saat-saat semua pekerja sudah pulang.

    Stesen Kereta Api Connolly
    Ireland

    Jom Lihat!! Stesen Keretapi Yang Menyeramkan Di Dunia

    Stesen Connolly adalah salah satu daripada stesen kereta api terbesar di Ireland tapi telah di bom dalam satu serangan semasa perang dunia kedua berdekatan Jalan North Strand pada tahun 1941. 

    Sejak itu, bangunan tersebut menjadi tumpuan orang ramai melihat kelibat para askar dan pernah juga pihak Irish Ghost Hunters menjadikannya subjek untuk dikaji kisah misterinya. 

    Kononnya, askar memakai baju berwarna kelabu akan berjalan di platform stesen tersebut. Manakala seorang pengawal keselamatan di situ pernah melihat dua susuk tubuh berpakaian tentera melalui kamera pengawasan tetapi apabila dia berkejar ke tempat tersebut, dua kelibat tersebut telah pun hilang.

    Stesen Kereta Api Union
    Amerika Syarikat

    Jom Lihat!! Stesen Keretapi Yang Menyeramkan Di Dunia

    Stesen yang terletak di Arizona, Amerika Syarikat ini pernah menjadi stesen paling penting di bandar tersebut sehingga tahun 1950an. Namun, ianya ditutup sejak tahun 1995 oleh Amtrak dan selepas itu hanya digunakan sekali sekala untuk kereta api pelancong dan seumpamanya.

    Stesen itu kini menjadi pejabat beberapa syarikat dan pekerja-pekerja di syarikat inilah yang pernah melihat kelibat hantu 'Fred'. Nama itu diberi oleh pengurus, Dudley Weldon kerana ia tiba-tiba tercetus di kepalanya.

    Dia serta ramai lagi pekerja lain pernah melihat kelibat seseorang di bahagian loteng yang mereka percaya diduduki oleh Fred.

    Terdapat juga sebuah pintu berat yang akan tertutup dan terbuka dengan sendirinya.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad