• Semasa

    KFC Santapan Terakhir Sebelum Ditembak Mati..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    KFC santapan terakhir
    KFC Santapan Terakhir Sebelum Ditembak Mati..Manila – Warga Australia, Myuran Sukumaran yang dihukum tembak oleh kerajaan Indonesia pada malam tadi sempat menjamah ayam Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai santapan terakhir.
    Sukumaran, 34, bersama rakan senegaranya, Andrew Chan, 31, dan enam lagi pesalah dadah dibawa ke satu kawasan hutan di Pulau Nusakambangan berdekatan Cilacap sebelum dihukum pasukan penembak pada jam 12.25 tengah malam waktu tempatan.
    Merujuk laporan berita Mail Online, pihak kerajaan mengambil masa 27 minit untuk mengesahkan kematian pesalah terbabit yang memaklumkan mereka ditembak jam 12.35 tengah malam sebelum meninggal dunia jam 1.02 pagi.
    Pesalah lain yang dihukum terdiri daripada Zainal Abidin (Indonesia), Rodrigo Gularte (Brazil), Sylvester Obiekwe Nwolise, Raheem Agbaje Salami dan Okwudili Oyatanze (Nigeria) serta Martin Anderson (Ghana).
    Kelapan pesalah berkenaan menolak untuk menggunakan kain penutup mata dan memilih menghadap muka ke hadapan sebelum ditembak mati.
    Mereka juga menyanyi dan berdoa kepada Tuhan sebelum ditembak.
    Laporan media antarabangsa juga menyatakan salah seorang pesalah berkenaan dari Filipina, Mary Jane Fiesta Veloso ditangguhkan hukuman apabila wujud bukti baru dia direkrut sebagai keldai dadah.
    Tindakan hukuman berkenaan mencetuskan konflik hubungan diplomatik antara kerajaan Australia dan Indonesia.
    Malah, kerajaan Australia juga memanggil dutanya ke negara republik itu.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]