• Semasa

    Mufti Perlis Perjelas Isu Suami Rogol Isteri





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Dr Asri1
    Mufti Perlis Perjelas Isu Suami Rogol Isteri | KUALA LUMPUR - Dalam hubungan rumah tangga, suami dan isteri mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing termasuklah dalam memenuhi tuntutan nafsu seks pasangan.
    Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menerusi catatan terbaharunya di laman sosial Facebook menjelaskan isu yang dibangkitkan segelintir pihak baru-baru ini membabitkan istilah rogol oleh suami terhadap isteri.
    Merujuk kepada beberapa contoh mengikut al-Quran dan juga pandangan ulama, Dr Mohd Asri yang juga dikenali sebagai Dr Maza menyatakan Islam mewajibkan suami menunaikan kehendak seks pasangannya.
    Jelasnya, adalah berdosa sekiranya kedua pasangan enggan melakukan persetubuhan tanpa sebab yang munasabah dan tidak diterima.
    “Pun begitu, hubungan seks suami dan isteri hendaklah berlaku dalam keadaan yang harmoni dan tidak menyakiti antara satu sama lain.
    “Ini memenuhi perintah al-Quran: (maksudnya) “Kamu semua bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) secara baik” (Surah al-Nisa: 19).
    “Maka, hubungan seks secara kasar dan menyakitkan antara satu sama lain adalah dilarang di dalam Islam.
    “Untuk itu semua pasangan hendaklah mencari cara seks yang terbaik yang memenuhi naluri keinsanan kedua pihak,” katanya yang dipetik dalam entri tersebut.
    Tambahnya, memetik pandapat saujana yang berbincang mengenai hukum ‘azal (suami mencabut zakar dari faraj isteri sebelum keluar air mani untuk mengelakkan hamil) sebagai berkata:
    “Walaupun perbuatan itu dibenarkan dalam hadis, namun hendak mendapatkan persepakatan dari isteri kerana bimbang isteri tidak sempat menikmati persetubuhan.
    “Ini menunjukkan persetubuhan secara paksa dan kasar yang satu pihak tidak menikmati sudah tentu dilarang dalam hubungan rumah tangga,” jelasnya.
    Bagaimanapun, isteri berhak menghalang suami daripada melakukan seks dengannya sekiranya mendatangkan kemudaratan atas beberapa sebab yang memberi kesan kepada pasangannnya.
    “Isteri berhak menghalang suami menyetubuhinya jika suami itu boleh memberikan mudarat kepadanya seperti suami yang pengidap Aids dan penyakit lain yang boleh membahayakan isteri. Ini jelas dalam pelbagai dalil syarak.
    “Isteri juga boleh menghalang suami menyetubuhinya jika suami gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami seperti tidak memberikan nafkah kepadanya,” tambahnya.
    Merujuk kenyataan seorang ahli akademik Dr Farouk Musa semalam sebagai berkata, apa-apa paksaan tanpa izin isteri adalah satu serangan terhadap wanita dan jika paksaan (hubungan seks) tersebut adalah tanpa izin, maka ia adalah rogol
    Bagaimanapun, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menyatakan tiada istilah rogol terhadap pasangan yang telah berkahwin dalam Islam kerana suami mempunyai hak ke atas isterinya, lapor mD.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]