• Semasa

    Punca Sebenar Delimawati Terlibat Kemalangan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Punca Sebenar Delimawati Terlibat Kemalangan | Pelakon Delimawati yang terkenal dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, berada dalam keadaan baik selepas mengalami kemalangan jalan raya di lebuh raya berdekatan Rembau, Negeri Sembilan.
    delmawati kemalangan
    Dalam kejadian sekitar jam 4.10 petang tadi, kereta dipandu adik lelaki beliau terbabas akibat jalan licin berikutan hujan lebat hingga terlanggar lori.
    “Benda sudah nak jadi sedangkan adik saya memandu perlahan sahaja ketika itu. Brek juga seperti tak makan hingga lori yang dirempuh terbalik. Dalam usaha mengelak daripada keadaan menjadi teruk, kereta kami terlanggar pembahagi jalan.
    “Alhamdulillah keadaan saya dan dua orang adik lelaki saya baik sahaja. Malahan pemandu lori berkenaan juga terselamat biarpun keadaan lorinya agak teruk kesan dilanggar dan terbalik,” katanya.
    Menurut Delimawati, ketika kejadian, beliau dan dua adiknya dalam perjalanan pulang ke Puchong, Selangor dari Mersing, Johor.
    “Saya dan adik baru sahaja menghantar anak buah yang melanjutkan pengajian di MRSM, Mersing,” katanya.
    Dlimawati berkata, laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat di Chembong, Selangor dan kereta terbabit juga dalam proses dihantar ke bengkel oleh adik.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]