• Semasa

    Padah Makan Pil Kurus





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SWNS_GIRLING_ANOREXIA_02.jpg
    Padah Makan Pil KurusBRITAIN - Penderita Anorexia yang mengalami penurunan berat badan menjunam kepada 25 kilogram (kg) apabila dia menjadi ketagih kepada pil diet memberi amaran tentang bahayanya pil kurus yang hampir membunuhnya.
    “Amber Girling, 20 tahun, berkongsi mengenai risiko bantuan pelangsingan selepas kematian tragis Eloise Parry.
    “Parry yang berusia 21 tahun meninggal dunia bulan lalu selepas secara tidak sengaja mengambil pil diet dengan dos berlebihan  yang dibeli melalui internet.
    Pada usia 17 tahun, Girling mencapai berat yang sihat iaitu 57 kg.
    “Tetapi apabila rakan-rakan di sekolahnya mula memberi komen negatif mengenai berat badannya, Girling mula berasa kurang senang.
    Apabila berdiet dan bersenam tiga hari seminggu tidak menghasilkan keputusan yang beliau inginkan, beliau beralih kepada pil pelangsing.
    Girling telah menelan sehingga 90 pil seminggu yang merupakan empat jenis pil yang dibeli dalam talian dan di kedai-kedai jalan. Tidak lama lagi mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan kulitnya menjadi kuning dan dikejarkan ke hospital.
    Kini beliau kembali pulih dan bebas daripada derita anorexia dengan berat ideal 50 kg.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]