• Semasa

    Salah Guna Namanya, Hafiz Hamidun Saman Kamdar?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

























    Salah Guna Namanya, Hafiz Hamidun Saman Kamdar? | PENYANYI nasyid dan pendakwah terkenal Hafiz Hamidun menyatakan dia akan menyaman gedung kain terkemuka Kamdar kerana menggunakan namanya untuk salah satu produk mereka tanpa kebenarannya.

    Melalui Twitternya, Hafiz telah memuat naik gambar jenis kain yang diberi nama Hafiz Hamidun Kain Baju Melayu Shine 44″ itu untuk membuktikan bahawa perkara itu memang berlaku:
    View image on TwitterView image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter
    KAMDAR, see you in court.

    Tempoh jawab 14 hari dari lawyer saya dah lepas, no explanation, produce kain guna nama tanpa kebenaran,
    Tindakan menyaman Kamdar itu diambil selepas syarikat tekstil itu gagal memberi respon setelah tamat tempoh 14 hari yang diberikan oleh peguam Hafiz.
    Bagaimanapun, kami telah menjumpai satu posting yang dibuat oleh peminat Hafiz yang dimuat naik tahun lalu berkenaan kain tersebut.

    Salah Guna Namanya, Hafiz Hamidun Saman Kamdar?

    I'm so excited jumpa kain nama @hafizhamidun kat kamdar,beli terus 😂😂,sumpah best kain dia,,
    Dalam kiriman bertarikh 7 Mac 2016 itu, @umairahabdurraz meluahkan rasa terujanya apabila mendapat tahu terdapat kain yang diberi nama bersempena nama artis kesayangannya itu.
    Persoalannya, Hafiz tak tahu ke kain ini sudah berada di pasaran sejak setahun yang lalu dan kenapa hanya baru-baru ini sahaja dia mula ambil tindakan?
    Sementara itu, rata-rata netizen berpendapat Hafiz tidak sepatutnya melatah kerana dia tidaklah sepopular mana!
    “@FarahHannahWils: @hafizhamidun byk lagi nama hafiz hamidun dlm malaysia ni and awak bukannya org kenal sgt pun. Diam2 suda la.”
    “@hazrandamie: @hafizhamidun aiyo. U aint famous celebrity/brand, how come u know that name belongs to you? U cant simply claim like that.”
    “@RealSuhaida: @hafizhamidun betul ke depa maksudkan hafiz hamidun awak? Kot sempena nama arwah atuk depa ke? Jiran ke?”
    “@aunyysyuaa: @hafizhamidun itu pun nak kabut . Bangga la sikit dia guna nama kau . Baru orang kenal siapa kau 😂
    “@azzatzaki: @hafizhamidun i think ah even kamdar dont think you exist.”
    @amira_zarith: @hafizhamidun spe dia ni? Pernah dgr nama je.”
    Aduhh, sakitnya tuh di sini!
    Apa-apa pun, tidak kiralah jika anda mengenali Hafiz Hamidun atau pun tidak, siapa yang suka dirinya diambil kesempatan oleh syarikat besar tanpa diberi apa-apa imbuhan, kan!

    Setakat ini masih tiada penjelasan rasmi yang diberikan oleh Kamdar tentang isu ini dan jika benar mereka menggunakan nama Hafiz kerana tahu ianya akan menarik golongan konsumer tertentu, adalah lebih baik jika mereka menggunakan cara yang sepatutnya agar kedua-dua belah pihak sama-sama untung. Tak gitu?

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]