• Semasa

    Tiket F1 Terakhir Di Sepang Termurah Di Dunia





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Tiket F1 Terakhir Di Sepang Termurah Di Dunia | KUALA LUMPUR – Final perlumbaan Grand Prix Formula Satu Petronas 2017 (F1PMGP) menampilkan tawaran hebat untuk peminat tempatan kerana berpeluang menikmati diskaun istimewa sehingga 50 peratus untuk membolehkan penonton benar-benar teruja menyaksikan perlumbaan secara langsung itu.

    Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali berkata oleh kerana ini ialah tahun akhir SIC menganjurkan perlumbaan itu, beliau mahu semua peminat tempatan merasai keterujuaan.
    “Harga standard tiket bagi Grand Prix F1 Malaysia 2017 ialah serendah RM58.68 untuk tiket Hillstand K2 hingga RM613.68 bagi tiket Main Grandstand, menjadikan harga tiket bagi perlumbaan kali ini sebagai paling murah di dunia.
    “Tahun ini, tiket ditawarkan tanpa nombor tempat duduk berasaskan konsep ‘siapa cepat, dia dapat’ di Main Grandstand, F Grandstand dan K1 Grandstand,” kata beliau pada sidang media mengenai Pelan Pembangunan F1PMGP dan SIC, di sini hari ini.
    Razlan berkata oleh kerana tempat duduk tiada nombor, penonton boleh bergerak bebas dalam kawasan Grandstand berkenaan pada hujung minggu perlumbaan.
    Buat kali pertama, rakyat Malaysia berpeluang menikmati harga kadar rata di sudut terbaik untuk menyaksikan perlumbaan di Main Grandstand pada harga hanya RM336.18.
    “Bagi F Grandstand dan K1 Grandstand, harga tiket yang ditawarkan masing-masing ialah RM169.68 dan RM225.18,” katanya.
    Semua tiket bagi kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah ditawarkan diskaun 50 peratus daripada harga tiket dewasa sementara kanak-kanak bawah tujuh tahun mungkin dibenar masuk percuma.
    Dalam pada itu, peminat dari kalangan orang kurang upaya (OKU) boleh membeli tiket khas bagi tempat duduk Main Grandstand pada harga RM308.43.
    Seperti 2016, perlumbaan tahun ini dijadual menghampiri akhir musim sebagai perlumbaan ke-15 dalam kalender 20 perlumbaan.
    Malaysia tidak lagi akan menganjurkan perlumbaan Formula Satu mulai tahun depan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk menamatkan kontrak penganjuran perlumbaan F1 bermula 2018. – BERNAMA

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]