• Semasa

    Video: Tewas Dengan Pahang, Nazmi Tak Mahu Bersalam





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Video: Tewas Dengan Pahang, Nazmi Tak Mahu Bersalam | KECOH di laman sosial sejak semalam mengenai pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor yang didakwa tidak mahu bersalaman dengan para pemain Pahang selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2017.

    Aksi Faiz yang dilihat tidak mahu bersalam dengan pemain Pahang dikongsi secara meluas para pengguna media sosial.


    Menerusi rakaman, ia jelas memaparkan Nazmi bersalaman dengan para pengadil perlawanan namun terus beredar tidak bersalaman dengan pemain tengah Pahang, Azam Azih.
    Kejadian itu mungkin berpunca akibat skuad Pahang berjaya menewaskan JDT di Stadium Larkin dengan keputusan agregat 4-3, menjadikan skuad Tok Gajah berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala FA 2017.
    Rata-rata netizen khususnya peminat bola sepak tanah air membidas tindakan Nazmi yang langsung tidak mengamalkan semangat kesukanan.
    “Belum setaraf pemain import tapi dah buah hal, apa lagi setaraf pemain professional langsung tak ada. Memang lawak la dengan mentaliti player liga Malaysia ni,” tulis Zamrul Ali.
    “Sombong dan berlagak sungguh, ini ke budak yang pergi Portugal dan duduk kejap je lepas tu balik sebab tak tahan dan rindu makanan Malaysia?” kata Affendi Abdul Aziz
    Manakala Mohd Heffendy pula mengatakan Nazmi sememangnya mempunyai masalah disiplin dan tidak menghormati sesetengah pemain sewaktu berada di skuad Selangor lagi.
    “Masa main kat Selangor pun dah berlagak, ni kat JDT lagi la belagak. Ingat lagi isu dia kena kad merah oleh pengadil sebab ludah player lain. Dia ni memang takda disiplin,” katanya. 

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]