• Semasa

    KEJAM !! Lelaki Warga Bangladesh Dikerat Lebih 10 Bahagian dan Dibuang Dalam Tiga Guni





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    KEJAM !! Lelaki Warga Bangladesh Dikerat Lebih 10 Bahagian dan Dibuang Dalam Tiga Guni

    KEJAM !! Lelaki Warga Bangladesh Dikerat Lebih 10 Bahagian dan Dibuang Dalam Tiga Guni | Alor Setar – Seorang lelaki warga Bangladesh dikerat lebih 10 bahagian dan dibuang dalam tiga guni di Kampung Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani.

    Mayat Azad Late Late Mofyan Uddin, 38, dtemui jam 1 pagi tadi susulan laporan polis mengenai kehilangan mangsa oleh teman wanitanya, seorang warga tempatan.

    KEJAM !! Lelaki Warga Bangladesh Dikerat Lebih 10 Bahagian dan Dibuang Dalam Tiga Guni



    Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, berkata polis kemudiannya ke rumah sewa mangsa dan mendapati rumah itu berbau busuk, selain mengesan air kehitaman mengalir dari belakang almari dapur.

    “Pemeriksaan lanjut menemui tiga bungkus guni plastik yang terikat. Di dalamnya, terdapat anggota badan yang dikerat, menggunakan senjata tajam.

    “Kita percaya mangsa mati sejak Sabtu lalu berdasarkan laporan teman wanita mangsa yang gagal mengesannya.

    “Malah, teman wanitanya mengesyaki sesuatu berlaku apabila seorang daripada dua rakan serumah mangsa mempunyai kecederaan pada bahagian tangan.

    “Kita tidak menemui sebarang senjata, manakala dua rakan mangsa sudah menghilang diri. Majikan mereka juga memaklumkan mereka tidak datang kerja sejak beberapa hari lalu,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

    Asri berkata, pihaknya kini sedang mencari dua rakan mangsa, yang juga warga Bangladesh untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

    “Dua rakan mangsa dikenali sebagai Md Julfikar, 37, memegang pasport bernombor BA0101505 dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Nur, 50, memegang pasport 05776663,” katanya.

    Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan untuk menghubungi balai polis berdekatan. – BH Online

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]