• Semasa

    Berita OMG: Felda ringankan beban mangsa kebakaran





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    FELDA SELENDANG – Kejadian kebakaran sebuah rumah yang meragut nyawa seorang remaja OKU, Mohd Faizuddin Abdullah, 14, di Felda Selendang 1, 6 Ogos lalu mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Negeri Pahang, Datuk Abu Bakar Harun.


    Abu Bakar yang juga Adun Chini berkata, kerajaan negeri berusaha membantu dengan menghulurkan sumbangan kewangan RM5000 bagi meringankan beban keluarga mangsa.

    “Saya juga ada berbincang dengan Felda dan sejumlah bantuan RM35,000 akan diberi dalam bentuk pinjaman serta RM10,000 bagi bantuan bencana.

    "Rumah baharu akan dibina di tempat sama kerana tanah rumah tersebut sudah ada geran dan akan diuruskan Koperasi Felda Selendang 1,” katanya ketika ditemui di Felda Selendang 1 selepas melawat lokasi kejadian kebakaran tersebut, semalam.

    Turut hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Adun Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pahang.

    Difahamkan, Felda turut menanggung kos keluarga terbabit mendiami sebuah rumah inap desa di sini, hingga rumah baru berkenaan siap dibina. Sementara itu, bapa mangsa, Abdullah Osman, 58, berkata, sesiapa pun akan bersedih apabila ditimpa kejadian seperti itu.

    Menurutnya, dia memang tidak menyangka sama sekali kejadian ini akan menimpa keluarga dan paling menyedihkan ia meragut nyawa anak kelima daripada lapan beradik itu.

    “Kebiasaannya apabila saya hendak keluar dan meninggalkan dia di rumah, dia akan menangis, tetapi pada hari itu dia langsung tidak menangis.

    “Kami sekeluarga hanya mampu bersabar. Sebelum ini mendengar kisah orang lain ditimpa kejadian seperti ini, kini kami sendiri yang mengalaminya,” katanya.

    Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Abdullah menerusi 019-7616623. - SH.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]