• Semasa

    Berita OMG: Tokey Sindiket Pemalsuan Dokumen Terbesar Ditahan [AMEKKAW...]





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Iran yang merupakan ketua sindiket pemalsuan dokumen terbesar bagi tujuan penyeludupan rakyat Iran ke Asia Tenggara dan negara-negara Eropah ditahan pihak berkuasa negara ini pada Sabtu lalu.

    Seyed Ramin Miraziz Paknejad, 45, ditahan pada pukul 4.45 petang di hadapan bangunan Perkeso, Jalan Ampang di sini pada 3 Ogos lalu. Turut ditahan ialah isteri Seyed, seorang wanita berusia 41 tahun. Pasangan itu sudah setahun bersembunyi di negara ini.

    Ketika ditahan, pasangan yang menaiki kereta BMW itu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

    Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, pasangan itu disyaki terlibat dalam membuat dan menjual dokumen palsu kepada sindiket penyeludupan manusia termasuk kepada pengganas. - Kosmo

    SEYED (kiri) yang ditahan di hadapan bangunan Perkeso, Jalan Ampang di ibu negara pada Sabtu lalu.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]