Berita OMG: 'Zahid sendiri perlu berlaku adil kepada polis'
SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta
tidak perlu risau jika rakyat tidak berlaku adil kepada pihak polis
ketika menangani jenayah berat di Malaysia.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia mahu lebih banyak kekuatan dari segi peralatan dan kakitangan polis dikuatkuasa, sedangkan ketika ini hanya sembilan peratus daripada 112.583 atau 10,150 pasukan polis yang berjuang memerangi jenayah.
Katanya, rakyat mendesak Ahmad Zahid untuk meningkatkan bilangan anggota polis untuk membanteras jenayah dan rondaan di jalan-jalan.
"Rakyat mahu sekurang- kurangnya mahu 50 peratus atau 56,000 kekuatan anggota polis yang ada ketika ini untuk melalukan tugas-tugas rondaan dan menjaga keselamatan awam.
"Namun, persoalannya ialah, adakah Ahmad Zahid sendiri berlaku adil kepada anggota polis dengan mengalihkan kekuatan mereka dari tugas utama mereka membanteras jenayah dengan mengkehendaki mereka melaksanakan tugas-tugas lain, termasuk memantau dan berurusan dengan hal politik BN," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Ahmad Zahid supaya rakyat berlaku adil kepada pihak polis dalam satu wawancara di akhbar tempatan semalam. - SH.

Tiada ulasan