• Semasa

    Al Fatihah - Noreen Noor Meninggal Dunia





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Al Fatihah - Noreen Noor Meninggal Dunia | Pelakon dan penyanyi terkenal, Noreen Noor dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
    Berusia 40an, Allahyarhamah Noreen meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

    Antara lagu popularnya allahyarham adalah Siang Terbayang Malam Merindu.

    Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1980.

    Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

    Allahyarham meninggalkan dua orang anak. Jenazah allahyarhamah akan dibawa ke rumah keluarganya di Melaka untuk urusan pengkebumian.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]