Berita OMG: Anak Maut Dihempap Pokok [SAKSIKAN...]

JENGKA 17 - Seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia dihempap pokok dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah bengkel di tanah rancangan ini sekitar jam 6.40 petang, Jumaat lalu.
Remaja terbabit, Mohd Muhaimin Abdullah meninggal dalam perjalanan ke Hospital Jengka dan dikebumikan pagi kelmarin di Tanah Perkuburan Islam Felda Jengka 17.
Ibunya, Sharifah Mad Saad, 40, bagaimanapun terkilan dengan kenyataan sebuah akhbar semalam yang mengatakan kejadian berlaku ketika anaknya dalam perjalanan pulang dari menonton bola sepak.
“Saya terkejut membaca berita keratan akhbar terbabit yang disampaikan oleh rakan saya dalam laman sosial Facebook. Selain salah cerita tentang kejadian sebenar, waktu kejadian juga salah.
“Akhbar terbabit memberitahu kejadian berlaku jam 9 malam, sedangkan ketika saya ke hospital sekitar jam 8 malam, doktor memberitahu anak saya sudah tidak dapat diselamatkan,” katanya.
Menceritakan keadaan sebenar, Sharifah dimaklumkan oleh saksi yang melihat kejadian bahawa anaknya menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Seseorang terlihat anak saya menerima panggilan telefon dan berpatah balik dan berhenti di sebatang pokok durian yang sudah reput.
“Cuaca ketika itu angin agak kuat, namun masih belum hujan. Secara tiba-tiba dahan pokok terbabit menghempapnya dan mengenai di bahagian lehernya,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Muhaimin merupakan anak sulung daripada empat beradik. Arwah memang terkenal dengan sifat pendiam dan rajin melakukan pelbagai kerja untuk mencari duit.
“Arwah tinggal bersama atuk dan neneknya di rumah berhadapan rumah saya ini. Sejak sebulan dua kebelakangan ini dia lebih manja berbanding sebelumnya,” katanya.- SH.

Tiada ulasan