Berita OMG: 'Kalau Kuarantin, Macam Mana Wawa Boleh Hamil?' - David Teo
Susulan dari sidang media yang diadakan oleh Aeril Zafrel dan Wawa Zainal semalam, keduanya mengaku telah bernikah dua kali dan mempunyai anak, dan mendakwa melakukan demikian kerana Wawa takut dimarahi MIG (Metrowealth International Group yang dimiliki oleh David Teoh).
Wawa juga mendakwa pernah dikuarantin selama sebulan oleh MIG untuk menghalangnya berjumpa dengan Aeril. Namun melalui mStar Online, David Teoh menyifatkan tuduhan tersebut sebagai mengarut:-
Tidak mungkin! Itu tuduhan mengarut. Jika benar di kuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril? Dan jika di kuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan?David juga menafikan dia tidak membenarkan artis di bawah naungannya berkahwin:-
Saya menafikan sekeras-kerasnya. Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta. Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin.David turut menambah yang setakat ini Wawa tidak melanggar kontrak, tetapi dia sepatutnya membuat pengesahan mengenai status dirinya sebagai seorang isteri dan ibu. David juga masih menerima Wawa sebagai artis naungan MIG kerana berpendapat kejelitaan Wawa boleh membawanya lebih jauh dalam industri seni tempatan.
Kami membuat perkara ini bagi menjaga maruah artis itu dan untuk mengelak perkara yang tidak diingini seperti ditangkap khalwat selain menjaga nama baik syarikat, itu sahaja. Cuba lihat artis-artis sebelum ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan terbaharu, Diana Amir, mereka semua membuat pengesahan dengan pihak syarikat mengenai status diri masing-masing.
@ ] zubirbipop Lahar gunung berapi pada sidang media #aerilzafrel & @waw4_zainal petang tadi gara2 sikap munafik kedua2 artis berkenaan selama ini. Tetap salahkan @davidteo99 kerana takut dimarahi sebab kahwin pada awal karier, sekaligus khuatir masa depan bersama #mig sebab langgar kontrak. Tapi musykil sebab nikah dua (2) kali, selain terpaksa menipu selama ini sebab menghormati permintaan wawa. Wawa pernah guna nama Allah untuk menipu media, masyaAllah maafkan suami isteri yang nyata jahil bab2 agama. Anyway SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA. Amin tq pada @rajamawar atas kiriman gambar @jane_mig @fizahamadApa pun dinasihatkan kepada sesiapa pun, sekiranya sudah bernikah, hebahkanlah, tidak perlu menipu hanya kerana takut pandangan manusia. Kami pasti orang seperti David Teoh juga masih mempunyai budi bicara, terbukti kerana ramai juga artis di bawah MIG yang berkahwin tanpa sebarang masalah sebelum ini. Ini kerana bila kita menipu, kita terpaksa mencipta pula penipuan-penipuan yang lain, sehingga melibatkan pula nama agama. Apa pendapat anda?
Beautiful Nara
Tiada ulasan