• Semasa

    BERITA TERKINI!!! 93 Orang Terbunuh Gempa Bumi Landa Filipina [SAKSIKAN...]





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    CEBU - Satu gempa bumi kuat telah membunuh sekurang-kurangnya 93 orang di Filipina hari ini. Bencana tersebut telah menyebabkan banyak gereja bersejarah dan rumah musnah akibat tanah runtuh.

    Menurut agensi bencana, 15 orang telah disahkan mati di Cebu, bandar kedua terbesar di negara ini yang merupakan pintu masuk utama ke pantai-pantai peranginan.

    Gempa bumi berskala 7.1 magnitud telah membunuh 77 orang di sekitar Pulau Bohol manakala seorang lagi terkorban di Pulau Siquijor.

    Pihak berkuasa tempatan berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat kerana mereka masih lagi berusaha mencari dan menyelamat mangsa gempa. Menurut mereka, gerakan menyelamat terpaksa diberhentikan pada sebelah malam.

    Ketua Polis Bohol, Suprintenden Dennis Agustin berkata, Loon merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dan sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh. Tanah runtuh telah menyebabkan rumah musnah dan menutup laluan lebuh raya. - AFP

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]