• Semasa

    BONGKAR!!! Aeril Zafrel & Wawa Zainal SAH Nikah, Ada Anak [SAKSIKAN...]





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    BONGKAR!!! Aeril Zafrel & Wawa Zainal SAH Nikah, Ada Anak [SAKSIKAN...]

    PETALING JAYA - Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya mengaku telah berkahwin dua kali pada tarikh 25 Fabruari 2012 dan 4 Februari 2013 di lokasi yang sama iaitu Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.

    Perkahwinan dua kali itu dilaksanakan untuk mendapatkan status yang sah kepada anak pasangan itu untuk didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.

    Perkara itu didedahkan Aeril dalam sidang akhbar tergempar di Restoran Western 114, Neo Damansara, di sini hari ini. Wawa Zainal turut hadir dengan imej berhijab.

    Pernikahan Aeril dan Wawa kali pertama berwalikan bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong dan disaksikan oleh pengurus peribadi Aeril, Shahriman Wahab.

    Menerusi pernikahan pertama, Aeril dan Wawa mengaku telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ahmad Fakhruddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 di sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. - Kosmo.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]