BONGKAR!!! Air Terjun Pak Lah Kini Terancam [SAKSIKAN...]

BAYAN LEPAS - Air Terjun Bayan Lepas atau lebih dikenali dengan nama Air Terjun Pak Lah kini diancam tanah runtuh.
Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim berkata, akibat kejadian cuaca buruk dengan keadaan hujan berterusan menyebabkan tebing sungai berhampiran air terjun berkenaan runtuh.
Menurutnya, sungai itu juga dipercayai tidak mampu menampung jumlah air hujan yang banyak sehingga menyebabkan tebing sungai terhakis.
“Kami juga percaya punca kejadian runtuhan kali pertama di kawasan air terjun ini ditambah dengan faktor pembangunan berhampiran air terjun tersebut.
“Setelah diperiksa, kami dapati ada perumahan baru yang akan dibina dan ini mungkin akan menyebabkan aliran sungai akan terjejas,” katanya kepada Sinar Harian.
Iszuree berkata, bukan saja tanah runtuh, lokasi perkelahan orang ramai itu turut diancam masalah sampah yang semakin kritikal.
Oleh kerana itulah, MPPP mula mengambil kawasan berkenaan sebagai air terjun angkat sejak empat tahun lalu.
Menurutnya, kerja gotong-royong sebelum ini telah pun dijalankan di situ.
“Mengejutkan kerana kami berjaya mengumpulkan sampah hingga penuh 30 lori.
“Sampah dibuang ke tempat air terjun berkenaan oleh penduduk berdekatan yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab,” katanya.
Selepas kejadian tanah runtuh berkenaan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang bertindak untuk memantau kawasan tersebut.
Selain itu, Jabatan Rekreasi dan Pelancongan MPPP juga mula mengambil langkah mengindahkan kawasan air terjun berkenaan selepas kejadian runtuhan.
Iszuree berkata, sepatutnya lokasi berkenaan dijaga dengan rasa penuh tanggungjawab oleh masyarakat setempat.
“Ini kerana air terjun di Pulau Pinang begitu sedikit dan tidak sama seperti negeri lain, kawasan pembangunan semakin banyak, namun kita seakan terlupa dan terleka dengan tidak menjaga warisan bumi ini dengan baik,” katanya.
Sementara itu, Nur Rashidah Hamid, 34, dari Bayan Baru berkata, air terjun berkenaan kembali menjadi tumpuan orang ramai sejak dibaik pulih MPPP.
“Tetapi apabila berlakunya kejadian tanah runtuh ini, ia sedikit menakutkan orang ramai untuk kembali berkunjung,” katanya.
Air Terjun Bayan Lepas adalah antara tiga air terjun utama di kawasan pulau negeri ini termasuk Air Terjun Titi Kerawang Balik Pulau dan Air Terjun Taman Botani.
Air terjun yang terletak di dalam Pekan Bayan Lepas itu dikatakan mempunyai sejarahnya yang tersendiri termasuk menjadi tempat mandi bekas Perdana Menteri ke-5 negara, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Menurut cerita penduduk setempat, Abdullah yang juga dikenali dengan nama Pak Lah itu menjadikan lokasi air terjun berkenaan sebagai tempatnya mandi ketika kecil kerana berasal dari Kampung Perlis, Bayan Lepas.
Malah bagi penduduk di negeri ini, nama Air Terjun Pak Lah begitu sinonim kalangan mereka. - SH.

Tiada ulasan