BONGKAR!!! Kisah Seram Di Genting Highland [SAKSIKAN...]
BONGKAR!!! Kisah Seram Di Genting Highland [SAKSIKAN...]
Mesti ramai
yang pernah menjejakkan kaki di Genting Highland ni, memang sebuah
tempat bercuti yang menarik, pelbagai aktiviti dan permainan indoor dan
outdoor ada di sini, tapi di sebalik kemeriahan ini ramai yang tidak
mengetahui kisah seram yang pernah terjadi di Genting Highlands.
Genting Highlands atau
Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa
tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel,
Highlands Hotel dan Theme Park Resort. Genting Highlands berasa
di paras 1860m di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara
untuk kita mencapai ke puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang
terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.
Apa yang
orang minat sangat nak pergi ke Genting Highlands ada dua sebab. Satu
untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting
Highlands untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting ini
Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards
2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s Leading Casino Resort dan World Travel
Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010.
Jadi
segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat
satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang
tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum
bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik
nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab
waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika
bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino.
Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di
dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa
“Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua “Belaan”
ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat
tahu ada orang bawa.
Satu lagi,
terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri
Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa “Belaan”
kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting.
Jadi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting
tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh itu
terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.
Ini cerita
Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula
misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.
Ini
merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita
kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal
di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau.
Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka
menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management
selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu.
Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:
Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:
-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan
Ini kata seorang penghuni di sana:
“amber
court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on
kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun
cakap tempat tu mmg barhantu.kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu
tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”
“aku
tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…aku punyalah
takut……..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…lama2 hilang malu,
takut punya pasal,aku nangis sampai member aku terjaga…bila sama2 takut,
dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2..
kita orang tak der masa nak layan ko..”…aku dah stop jerit. member aku
pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh
cukup2…pastu baru diam…”
“aku
nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak
sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus
paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa
minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa
jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik
melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm
kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie
hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh
datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat
situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”
Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:
“kononnya
dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan
mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di
tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu
akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah
terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran
darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut…..
sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan
kayu…. kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut,
pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang telah di palang
dengan kayu…. “
Ini yang berlaku di sini:
-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa
lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia
akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen
Ini cerita mereka di Apartment Ria:
“hishh
apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die
punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku
masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal
je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma
naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam
ade bunyi ‘tinng’. mcm bunyi bile oven dah panas.”
3. First World Hotel
Ini hotel
yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini,
dah lebih dari 20 kali stay kat sini tapi nasib baik belum pernah
mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.
Ini kesnya:
-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran
Ini cerita dari orang yang mengalaminya:
kat
1st world pun seram aku dgr cita membe aku ada pompuan rmbut panjang
mengurai dok tunggu tepi katil tu yg diorg cita la tapi aku ada pegi
stay kt 1st world last 2yrs tak ingat tower brapa dh penat kt theme park
dia, so kitorg pn mls nk balik stay sana mlm tu mlm tu aku x leh tido
rasa cam ada org dok usha je aku baring pastu cam dengar bunyi tv on
(bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh off pun membe aku kt katil 1
lg dh slamat dengko aku rs aku tido pn still bukak mata smpai pagi sunyi
sepi genting tu kalu tgh mlm
Tiada ulasan