BONGKAR!!! Pengawal Keselamatan Yang Tembak Pengawai Bank Guna IC Palsu [SAKSIKAN...]
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang pengawal keselamatan bank yang menembak mati seorang wanita kakitangan bank yang dirompaknya di sebuah bank di USJ Sentral, petang tadi.
Walaupun bergerak sendirian, lelaki berusia dalam lingkungan lewat 30-an ini dikategorikan berbahaya kerana memiliki senjata api yang digunakan dalam rompakan berdarah pada 6.18 petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, identiti sebenar lelaki itu masih dikenal pasti berikutan dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu sejak berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan yang menjadi majikannya sejak setahun lalu.
“Suspek masih bersenjata dan kita harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit,” katanya kepada media di tempat kejadian. Dalam kejadian petang tadi, seorang pekerja
bank wanita berusia 37 tahun maut akibat terkena tembakan di kepala yang dilepaskan pengawal keselamatan yang merompak bank berkenaan di USJ Sentral di sini, petang tadi.
Dalam kejadian pada jam 6.18 petang itu, suspek yang berkhidmat di bank sama melepaskan tembakan yang terkena kepala mangsa serta mengarahkan seorang lagi kakitangan bank mengisi wang di dalam beg hitam yang dibawanya.
Mangsa dikatakan mati serta merta di tempat kejadian manakala pengawal keselamatan terbabit melarikan sebuah beg yang mengandungi sejumlah wang yang masih belum dikenal pasti jumlahnya.
Hingga lewat malam ini, polis masih belum berhasil memberkas pengawal keselamatan terbabit dan gerakan mengesan suspek diteruskan.

Syukur Malaysia masih aman...kes terpencil...index jenayah paling rendah di dunia..tu la ulasan para pemimpin politik dan petugas keamanan!!@
BalasPadam